Rupanya Bukan Pengguna Celcom Sahaja Yang Bermasalah, 3 Line Ni Juga Ada Masalah Yang Sama

KUALA LUMPUR: Pengguna Celcom hari ini terpaksa menghadapi kesulitan hampir tiga jam, ekoran g4ngguan secara menyeluruh untuk perkhidmatan data dan suara di seluruh negara.

Dalam tempoh tiga jam itu, pengguna tidak menerima langsung sebarang data, dan ada antara mereka yang hanya boleh membuat panggilan kecemasan.

Dalam ciapan ringkas di akaun rasmi Twitternya pada pukul 4.30 petang Ahad, Celcom berkata, g4ngguan itu adalah disebabkan isu teknikal dan mereka sedang berusaha menyelesaikan masalah itu.

Susulan kekerapan masalah teknikal yang melanda pengguna Celcom tahun ini, ada antara pengguna yang menggesa agar pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) masuk campur dan mengenakan denda yang tinggi terhadap penyedia perkhidmatan itu.

Seorang pengguna Celcom, Mohd Faizal Hassan dalam ciapan susulan berkongsi pautan dari laman web rasmi SKMM bahawa Celcom telah mempunyai 24 kompaun bernilai RM1.2 juta, setakat suku kedua tahun ini.

RANGKAIAN LAIN YANG TERLIBAT SAMA SEPERTI CELCOM

g4ngguan teknikal terhadap Celcom turut memberi kesan kepada penyedia perkhidmatan lain seperti Yoodo, Tune Talk, dan Unifi kerana penggunaan rangkaian infrastruktur telekomunikasi yang sama.

Mohon semua dapat bersabar, pihak CELCOM sedang cuba sedaya upaya untuk kembalikan talian mereka.

Menurut ASTRO AWANI, ada pengguna CELCOM yang telah pun mendapat talian semula. Tetapi setakat ini pihak CELCOM tidak mengeluarkan apa apa kenyataan bahawa talian mereka sudah kembali normal.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

SumbeKredit: Astro Awani