COV1D-19: Petugas barisan hadapan berdepan ‘peper4ngan’ sangat besar

KUALA LUMPUR: Petugas barisan hadapan diminta supaya terus kekal bersemangat dalam membantu negara memutuskan rantaian COV1D-19, kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua Pengarah Kesihatan itu dalam kenyataan ringkasnya di Facebook turut mengingatkan petugas barisan hadapan perlu sentiasa bersiap siaga ketika berdepan ‘peper4ngan’ menentang COV1D-19.

“Kepada semua petugas barisan hadapan, kita sedang berdepan ‘peper4ngan’ sangat besar. Negara bergantung harap kepada kita semua.

“Biar pun sering tidak lena tidur dan kelet1han yang kr0nik. Hapvslah air matamu, bangkit dan sekali lagi kita berjuang demi memutvskan rantaian COV1D-19,” katanya malam tadi.

Seramai 11 jururawat Kementerian Kesihatan (KKM) yang juga kumpulan pertama dari Semenanjung, dihantar ke Hospital Tawau dan Hospital Semporna, Sabah, Khamis lalu.

Mereka dihantar secara berfasa bagi membantu pasukan perubatan di hospital yang terkesan akibat peningkatan kes COV1D-19 di Sabah.

Terdahulu, sebanyak 317 k3s COV1D-19 direkodkan Kementerian Kesihatan, semalam, angka tertinggi sejak v1rus itu menular dalam negara.

Ia hari kedua berturut-turut dengan jumlah kes positif harian tertinggi dicatatkan kelmarin dengan 287 kes.

Semua k3s baharu itu membabitkan penul4ran dalam negara, meliputi 303 k3s rakyat tempatan dan 14 k3s bukan warganegara.

Sebanyak 37 daripada 317 k3s itu membabitkan pengunjung yang pulang dari Sabah, sekali gus menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke negeri itu sejak 20 September lalu adalah sebanyak 176 k3s.

 

Sumber : BH Online