Pengacara Wanita Ini Berani M4ti Temu Bual ‘Kerusi Kosong’ Yang Diibaratkan Menteri Kesihatan Indonesia

Dengan mencatatkan 279,000 k3s pos1tif dan lebih 10,000 kem4tian akib4t wab4k Cov1d-19, Indonesia kini menjadi negara kedua di Asia Tenggara paling ramai dij4ngkiti selepas Filipina.

Rentetan itu, Menteri Kesihatan Indonesia sudah semestinya bertanggungjawab dalam menguruskan pandemik yang berlaku di negara itu.

Namun, Dr. Terawan Agus Putranto dilihat seakan tidak muncul dalam menangani wab4k ini sehingga digelar Menteri Kesihatan paling ‘low profile’ di dunia.

Susulan itu, satu rancangan tempatan, Narasi.tv telah menayangkan satu sesi bual bicara berani m4ti dengan menemu bual ‘kerusi kosong’ yang diibaratkan seperti Menteri Kesihatan mereka.

Rancangan Catatan Najwa yang dikendalikan oleh Najwa Shihab itu dikatakan telah menjemput Dr. Terawan beberapa kali untuk berbahasa tentang isu ini. Namun, beliau masih tidak hadir sehingga rancangan tersebut dengan sinis menemu bual kerusi kosong.

“Mengapa menghilang Pak?” – Najwa Shihab

Pada sesi temu bual tersebut, Najwa mengajukan pelbagai soalan tentang keadaan Cov1d-19 di Indonesia yang semakin par4h. Antara soalan yang diajukan adalah…

“Mengapa menghilang, Pak?. Anda minim (jarang) sekali muncul di depan publik (umum) memberi penjelasan selama pandemik.”

“Pak Terawan sampai sekarang kondisi pandemik belun juga terkendali. Data dan angka jelas menunjukkan itu. Di saat negara lain sudah beransur-ansur bisa memperlonggar situasi, kenapa kita tertinggal”

Najwa juga bertanyakan soalan sinis berkenaan perletakan jawatan Menteri Kesihatan dari negara lain apabila gagal menangani situasi ini.

“Pak Terawan ada banyak Menteri Kesihatan yang mundur (letak jawatan) kerana penanganan Cov1d-19. Contohnya, New Zealand, Brazil dan Pakistan.”

“Soalan saya, apakah penanganan kita lebih baik dari negara-negara yang Menteri Kesihatannya mundur itu?. Sedia mundur Pak?”

Temu bual ‘ghaib’ yang berdurasi 4:21 minit itu telah mendapat lebih 200,000 tontonan dan ramai yang menganggap itu adalah tindakan yang berani.

Ini lain level punya savage ni. Min tengok pun bertubi-tubi soalan Najwa ni bagi. Fuhh

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Lobak Merah