Cecair merah atas kubvr masih misteri

ALOR SETAR – Pihak Jawatankuasa Masjid Al-Irfan, Derga di sini, masih menutup laluan masuk ke tanah perkvbvran yang menempatkan sebuah kvbvr yang ditemui dalam ­ke­adaan mend4p dan me­ngan­dungi cecair warna merah pada 19 September lalu.

Setiausaha masjid tersebut, Yahya Saad berkata, orang ramai tidak dibenarkan untuk ma­suk ke kawasan tersebut tanpa kebenaran pihak masjid.

Katanya, pihak masjid hanya akan membuka tali garisan polis selepas mendapat arahan daripada pihak berkuasa tersebut kerana si4sat4n masih dijalankan.

“Walaupun masjid ini sudah dibuka untuk orang ramai menunaikan solat selepas Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran di Kota Setar ber­akhir pada Jumaat lalu, namun kawasan perkvbvran masih ditutup,” ujarnya.

Menurut Yahya, urusan pe­ngebvm1an jen4zah baha­ru dilakukan di kawasan perkvbvran di sebelah kanan masjid.

“Ini bagi mengelakkan orang ramai masuk ke kawasan per­kvbvran yang terletak di bahagian kiri masjid,” katanya.

Tambahnya, tiada lagi cecair ditemui pada kvbvr tersebut selepas kejadian.

Sementara itu, Timbalan Ke­tua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Mohd. Redzuan Salleh memberitahu, keputusan sampel tanah yang diambil dari kvbvr tersebut masih belum diperoleh.

“Sehingga kini pihak kami belum mendapat sebarang maklumat dan masih me­nung­gu keputusan dari Jabatan Ki­mia,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Kosmo