Keputusan sama ada PKPD Pentadbiran di Sabah diputvskan hari ini

PUTRAJAYA: Keputusan sama ada kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Pentadbiran di Sabah susulan peningkatan kes COV1D-19 akan diumumkan petang ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah, berkata perkara itu dibincangkan hari ini kerana penul4ran di Sabah semakin membimbangkan apabila dua lagi kluster baharu dikesan semalam.

Katanya, kerajaan tidak boleh melaksanakan PKPD Pentadbiran ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah supaya tidak menyek4t kebebasan rakyat negeri itu untuk mengundi.

“Memandangkan PRN Sabah sudah berakhir, mungkin kita boleh laksanakan PKPD Pentadbiran bagi mengawal penularan p4ndemik itu.

“Sehubungan itu, keputusan sama ada PKPD Pentadbiran dibuat di Sabah akan diumumkan petang ini,” katanya selepas merasmikan Seminar Jururawat Kanser P4yud4ra Malaysia Ke-7 di Institut K4nser di sini, hari ini.

Semalam KKM mengenal pasti dua kluster baharu di Sabah iaitu Kluster Buang Sayang di Sipitang dan kluster Kg Sakong di Semporna.

Sebelum ini sebanyak enam kluster dikenal pasti di Sabah terdiri daripada Kluster Benteng LD, Bangau -Bangau, Bakau, Pulau, Penj4ra Tawau dan Kuarters Penj4ra Taman Ehsan Tawau.

 

Sumber : BH Online