5 Pusat Beli Belah Di Lembah Klang Ini Dikesan Ada Kes COV1D-19

Nampaknya Malaysia masih belum menang lagi dalam memerangi w4b4k pandemik c0v1d-19 apabila sejak beberapa hari ini kes yang dicatatkan mencapai tiga angka sekaligus mencetuskan kebimbangan di kalangan rakyat.

Sehingga semalam, 150 kes baru dicatatkan dimana 124 kes di Sabah manakal 24 kes lagi di Semenanjung Malaysia. Lebih membimbangkan ia turut melibatkan beberapa pusat beli belah terkenal di kawasan Lembah Klang.

1. Suria KLCC

Pusat beli belah terkemuka itu dilaporkan mempunyai kes c0v1d-19 selepas salah seorang ahli pusat gym, Babel Fit dikesan positif w4b4k berkenaan. Perkara itu disahkan oleh pihak Suria KLCC menerusi satu kenyataan Sabtu lalu.

Individu berkenaan yang pernah datang ke gim cawangan KLCC sebanyak empat kali dan dua kali di cawangan TTDI (antara 9-17 September) dikatakan telah melakukan beberapa perjalanan, termasuklah ke zon berisiko tinggi sebelum disahkan positif pada tarikh berkenaan.

2. The Linc KL

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

𝗦𝘁𝗮𝘁𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁 𝗯𝘆 𝘁𝗵𝗲 𝗠𝗮𝗻𝗮𝗴𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁 𝗼𝗳 𝗧𝗵𝗲 𝗟𝗶𝗻𝗰 𝗞𝗟 The Linc Development Sdn Bhd wishes to inform that a parent of a child at Trinity Kids, The Linc KL branch has just been tested Covid-19 positive. The said child is on a half-day program until noon and last attended school on Thursday, 17th September. We have taken all necessary preventive measures to contain the risk of exposure to our customers, staff and tenants. Our immediate actions include disinfection of all common areas of The Linc KL by professional disinfectant company. You can be rest assured that safeguarding the interests and well-being of all parties visiting our premises remains our top priority. Thank you. 𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐧𝐚𝐠𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭

A post shared by The LINC KL (@thelinckl) on

Dalam satu kenyataan 24 September lalu, pihak pengurusan The Linc KL memaklumkan salah seorang ibu bapa seorang peserta di pusat jagaan kanak-kanak yang mengikuti program setengah hari di Trinity Kids pada 17 September lalu telah positif c0v1d-19.

3. KL Gateway Mall

Dalam satu kenyataan, pihak pengurusan KL Gateway mengesahkan salah seorang kakitangan di Menaga Suezcap 1 Office dikesan positif c0v1d-19 pada 25 September.

Bagaimanapun, dalam Namun pada 27 September, kakitangan berkenaan yang dikatakan baru pulang di Sabah telah disahkan negatif daripada w4b4k tersebut.

4. NU Sentral

26 September lalu, pihak pengurusan NU Sentral memaklumkan seorang kakitangannya didapati positif c0v1d-19.

Sebagai langkah berjaga-jaga pihak Nu Sentral telah pun melakukan sanitasi di seluruh pusat beli belah berkenaan mengikut SOP yang ditetapkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

5. Sunway Pyramid

Pihak pengurusan pusat beli belah Sunway Pyramid mengesahkan terdapat kes c0v1d-19 membabitkan seorang kakitangan sebuah premis barangan sukan pada 26 September lalu. Difahamkan kakitangan tersebut mempunyai sejarah perjalanan ke tempat yang berisiko tinggi.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gulapop