Wanita ini hanya mampu men4ngis selepas susu badannya tertump4ah di dalam beg

Bagi para ibu yang menyusukan bayi kecil, sesi mengepam bagi menghasilkan perahan menjadi satu cabaran buat mereka demi memberikan yang terbaik untuk cahaya mata.

Baru-baru ini, seorang wanita Fadia Hani Apandi hanya mampu terduduk dan menangis selepas melihat stok susu yang dikumpul tertumpah di dalam beg tahan sejuk.

Perkara tersebut dikongsi oleh suaminya, Syukri Shahdan di laman Facebook dengan memuat naik beberapa keping gambar.

Menerusi posting tersebut, jurufoto perkahwinan itu bertanya kepada rakan-rakan adakah perasaan yang sama dilalui para ibu sekiranya berhadapan dengan situasi berkenaan.

“Adakah ini belaku kepada semua emak atau hanya bini aku. Menangis sebab susu tumpah dalam beg. k3sian mama, sedaya upaya sediakan susu untuk anak,” katanya.

Persoalan itu mendapat reaksi warganet yang rata-rata mengakui bukan mudah untuk mengumpul setitis susu selain amat bernilai buat para ibu kerana memerlukan usaha yang luar biasa.

Sangat berharga! Bukan senang nak kumpul

Moga rezeki susu makin banyak

Penat lelah kumpul, siapa tak sedih…

Sumber : Syukri Shahdan

kredit : omm

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : https://mediabawang.net/