Selepas Syamsul Yusof Komen, Sekali Ini Reaksi Puteri Sarah Pula

Pengarah Syamsul Yusof, 36, memohon orang ramai mendoakan hubungan rumah tangganya dengan isteri, Puteri Sarah dalam keadaan baik.

Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof ketika dihubungi Harian Metro, bagaimanapun enggan mengulas lanjut apa yang terjadi dalam perkahwinan mereka.

Terdahulu, timbul dakwaan Puteri Sarah dilihat muncul di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, kelmarin, yang ditemani ibu mentuanya.

“Tak ada apa yang saya nak komen, ia hal peribadi. Hal yang personal dan harapnya dapatlah menghorm4ti

“No komen, ini hal peribadi. Tetapi, saya berharap peminat dapat mendoakan yang terbaik buat kami sekeluarga,” katanya.

Ditanya juga mengenai tindakan isterinya yang sudah tidak mengikuti Syamsul di Instagram, dia tegas enggan memberi komen.

‘Saya bahagia bersama anak-anak’- Puteri Sarah

Kuala Lumpur: Pelakon, Puteri Sarah terus mengunci mulut mengenai desas desus mengatakan rumah tangga dengan pengarah terkenal, Syamsul Yusof sedang bermasalah.

Ia susulan timbul dakwaan Puteri Sarah dilihat muncul di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, pada Jumaat lalu.

Puteri Sarah, 35, atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, buat dia dalam keadaan baik bersama dua anak.

“Terima kasih kerana ramai yang ambil berat dan menitipkan kata-kata semangat. Apa boleh dikatakan, saya okay bersama anak-anak. Saya bahagia bersama mereka,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya tujuan sebenar hadir ke pejabat agama, Puteri Sarah memohon doa yang terbaik.

“Doakan saja yang baik-baik. Saya berharap semua doakan kebahagiaan rumah tangga kami,” katanya.

Harian Metro, semalam, melaporkan Syamsul enggan mengulas mengenai perkara itu.

“Tak ada apa yang saya nak komen, ia hal peribadi. Hal yang ‘personal’ dan harapnya dapatlah menghorm4ti

“‘No comment’, ini hal peribadi. Tetapi, saya berharap peminat dapat mendoakan yang terbaik buat kami sekeluarga,” katanya.

Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, 1.

‘Saya Doakan Yang Terbaik Buat Syamsul, Puteri Sarah’ – Yusof Haslam

Rumah tangga pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana didakwa berantakan selepas kedua-duanya dilihat muncul di pejabat agama baru-baru ini.

Menerusi laporan New Straits Times, Datuk Yusof Haslam memberitahu dia enggan mencampur tangan urusan rumah tangga anak menantunya.

Tidak tinggal bersama

Saya tak tahu mengenai hal rumah tangga mereka. Biar Syamsul dan Sarah yang memberikan kenyataan. Lagipun benda ni terlalu peribadi. Mereka berdua tidak tinggal bersama saya kerana mempunyai rumah sendiri.

Menurut Datuk Yusof Haslam, dia tidak berhak mengulas lebih lanjut mengenai hubungan anak dan menantunya. Ini kerana, mereka tidak tinggal bersamanya sejak beberapa tahun yang lalu. Tambahnya, dia dan isteri akan sentiasa mendoakan kebahagian buat anak dan menantunya.

Jumaat lalu, Puteri Sarah dipercayai hadir di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak. Namun, tiada sebarang kenyataan yang telah dikeluarkan olehnya. Sarah juga dipercayai ‘unfollow’ akaun Instagram suaminya.

Doakan yang terbaik

Terbaru menerusi laporan Harian Metro, Syamsul Yusof meminta semua orang mendoakan hubungan rumah tangganya dengan isteri berada dalam keadaan baik.

Tak ada apa yang saya nak komen, ia hal peribadi. Hal yang personal dan harapnya dapatlah menghorm4ti. No komen, ini hal peribadi. Tetapi, saya berharap peminat dapat mendoakan yang terbaik buat kami sekeluarga.

Syamsul juga enggan mengulas dan memberikan komen mengenai tindakan isterinya yang ‘unfollow‘ akaun Instagram miliknya. Pasangan tersebut telah mendirikan rumah tangga.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : HM, OHBULAN

 

Be the first to comment on "Selepas Syamsul Yusof Komen, Sekali Ini Reaksi Puteri Sarah Pula"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*