“Ni Je Saya Mampu” – Johan Hadiahkan Isteri Jam ‘Biasa’, Tapi Ini Respons Isterinya Sempena Birthday…Sweet!

Lazimnya golongan selebriti sering dilihat memberikan hadiah-hadiah mewah kepada pasangan mereka sempena hari bermakna sebagai satu bentuk penghargaan.

Bahkan, ada yang sanggup membelikan pasangan sebuah kereta mewah hanya untuk meraikan ulang tahun kelahirannya insan yang tersayang.

Begitupun, lain pula gelagat yang ditonjolkan pelakon dan pelawak terkenal, Johan yang meraikan isterinya, Ozlynn sempena sambutan ulang tahunnya hari ini.

Menerusi satu entri di Instagram, Ozlynn berkongsi sekeping foto yang memaparkan hadiah berupa sebentuk jam tangan mampu milik ‘biasa’ yang diterima daripada suaminya itu.

Jam tangan berjenama Baby G itu turut disertakan dengan ucapan ringkas daripada Johan yang meminta maaf terhadap isterinya dengan pemberian hadiah yang dianggap tidak seberapa itu.

“Maaf sayang. Ni sahaja saya mampu…tapi, I love you,” tulisnya pada bahagian kotak jam tersebut.

Begitupun, Ozlynn menyifatkan tiada hadiah yang paling bermakna selain kurniaan sebuah keluarga yang bahagia yang sentiasa berada di sisinya.

“Tiada apa yang lebih membahagiakan selain keluarga yang dikasihi berada disisi. Terima kasih Allah atas peningkatan umur ini.

“Buat suamiku, akanku ingat setiap bait kata dalam doamu khas buat isterimu yang serba kekurangan ini.

“Akan isterimu cuba memperbaiki setiap kekurangan yang ada untuk membantumu ke syurga yang abadi. InsyaAllah,” coretnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tiada apa yg lebih membahagiakan selain keluarga yg dikasihi berada disisi.. terima kasih Allah atas peningkatan umur ini, terima kasih juga atas pinjaman yg berharga .. suami, anak2, mak, abah, popo, adik beradik, saudara mara, sahabat2, peminat2 yg disygi.. buat suamiku.. akan ku ingat setiap bait kata dalam doamu khas buat isterimu yg serba kekurangan ini.. akan isterimu cuba memperbaiki setiap kekurangan yg ada utk membantumu ke syurga yg abadi.. InsyaAllah.. buat anak2 terima kasih kerana memberi mama peluang merasa nikmat menjadi seorang ibu.. abah mak dan popo, abah mummy terima kasih selalu mendoakan dan sentiasa ada waktu utk anak yg nakal ni🙂.. buat adik bradik, terima kasih melayan kerenah kak long kawasan☺️, buat sahabat dan peminat2.. terima kasih atas hadiah, doa, waktu yg kalian korbankan.. sentiasa hargai usaha korg.. dan yg terakhir utk besday girl ni.. sedekahkan Al fatihah (di baca) utk mama kepada keluarga Hanania.. semoga Allah melimpahkan rezeki yg x terhingga buat kalian.. ❤️ mama hanania

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on

Ozlynn dan Johan mendirikan rumah tangga pada 25 Julai 2009. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan lima orang cahaya mata.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak

 

Be the first to comment on "“Ni Je Saya Mampu” – Johan Hadiahkan Isteri Jam ‘Biasa’, Tapi Ini Respons Isterinya Sempena Birthday…Sweet!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*