‘Mama… mata saya tak nampak’

KLANG – P1lu hati seorang ibu tunggal apabila tidak mampu membelikan cermin mata buat dua anak perempuannya kerana kesemp1tan wang.

Mazalina Mazlan, 44, berkata, anaknya, Nur Zulaikha Muhammad Rizal, 16, dan Nur Najiha Najwa, 14, mengadu mengenai masalah r4bun penglihatan dihadapi sejak setahun lalu.

Menurutnya, kerana kesemp1tan hidup selepas bergelar ibu tunggal pada tahun 2013 dan terpaksa menguruskan empat anak seorang diri membuatkan dia terpaksa menangguhkan dulu keperluan bagi membelikan cermin mata buat anak kedua dan ketiganya itu.

“Anak saya selalu cakap mama… mata saya tak nampak dan sukar untuk belajar sejak tahun lepas. Memandangkan kos buat cermin mata agak tinggi, saya tak dapat belikan untuk kedua-dua mereka.

“Saya tak dapat belikan kerana sudah kehilangan kerja ditambah lagi tidak dapat bergerak sempurna selepas j4tuh tahun lalu. Duit yang ada hanya cukup untuk makan,” katanya yang tinggal di Pandamaran, Klang.*

Mazalina berkata, disebabkan r4bun, kedua-dua anaknya terpaksa menunggu rakan sekelas menyalin nota diberi guru di papan tulis sebelum menyalinnya semula dari buku rakan.

Katanya, tidak sanggup mendengar rayuan anaknya yang minta dibelikan cermin mata, dia kemudian dicadangkan oleh rakan untuk meminta bantuan daripada aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang.

“Saya cuba hantar WhatsApp minta tolong mana tahu ada rezeki…tak sangka beliau balas. Lebih menggembirakan beliau (Uncle Kentang) turut belikan anak bongsu saya sebuah basikal bagi memudahkan pergi dan pulang sekolah.

“Syukur sangat-sangat, beliau tidak kenal saya pun sanggup bantu. Bukan senang nak jumpa orang macam ini zaman sekarang,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Tambah Mazalina, dia ada menerima bantuan persekolahan dan bantuan hari raya daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Katanya, LZS baru meluluskan bantuan bulanan dipohonnya yang akan diterima bermula hujung bulan ini.

Sementara itu, Chee Heng berkata, cermin mata kedua-dua anak ibu tunggal berkenaan ditaja oleh MJ Optical Sdn Bhd yang terletak di Taman Overseas Union, Kuala Lumpur.
 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sinar