Selepas 4 Bulan Cer4i, Sharifah Sakinah Ded4h Wajah Kekasih Baru. Memang Elok

Beberapa hari lalu, pihak media melaporkan pelakon Sharifah Sakinah mengakui sedang bercinta dengan seorang jejaka ‘Mat Salleh’ yang mula dikenali selepas tamat tempoh edahnya.

Terbaru, jurugambar popular @pinography memuat naik sekeping gambar ‘photoshoot’ di Instagram memaparkan seorang lelaki tersenyum mesra selain seorang lagi individu yang tidak didedahkan wajahnya.

Bagaimanapun, kapsyen gambar berwarna hitam putih berkenaan turut meletakkan nama akaun pelakon berusia 31 tahun itu.

“Coming soon! Photoshoot for @sharifah_sakinah & Micheal”

 

Menerusi kapsyen itu juga, @pinography berkata individu tersebut mahu memberi penjelasan bahawa lelaki berkenaan bukanlah berbangsa Inggeris seperti yang diperkatakan sebaliknya adalah Swedish.

Turut menjadi bahan bualan di CARI forum Empat bulan ce-rai, Sharifah Sakinah bercinta dengan jejaka ‘mat salih’

Sebelum ini Pelakon Sharifah Sakinah mengakui menemui cinta baru selepas bercer4i kira-kira empat bulan lalu.

 

Sharifah, nama asal Sharifah Sakinah Syed Abu Bakar Al Khaired, 29, berkata jejaka ‘mat salih’ itu dikenalinya dua bulan lalu selepas tamat tempoh edah, lapor Kosmo!.

“Saya seorang yang bersikap terbuka. Jadi, saya mengakui memang (mempunyai hubungan istimewa) dengan dia,” katanya dipetik.

Menurut Kosmo!, hubungan mereka dihidu pemberita selepas pelakon Girlfriend Aku Dari Neraka itu dilihat hadir bersama seorang lelaki pada satu majlis hiburan di sini semalam.

Enggan mendedahkan identiti kekasih, Sharifah Sakinah berkata mereka mempunyai beberapa persamaan, antaranya berkongsi tarikh lahir iaitu 28 Mei.

“Usia dia lebih 10 tahun daripada saya. Kami mempunyai hobi yang sama iaitu bersenam,” katanya, mengakui berasa lebih gembira dengan hidupnya sekarang.

Sharifah Sakinah berkahwin dengan juruterbang Aliff Adha pada 2015 dan bercer4i Mei lalu.

Sumber : @pinography , CARI forum

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : http://trendingsangat.pw/