‘Perginya lelaki romantis’

KUALA LUMPUR: Andai ada anugerah yang dapat diberi kepada pasangan selebriti yang mampu mengekalkan keharmonian rumah tangga sehingga hujung nyawa, ternyata trofi itu pasti menjadi milik pasangan pelakon veteran, allahy4rh4m Datuk Zulkifli Zain, 74, dan Datin Normala Omar, 63.

Dalam kalangan penggiat industri seni, pasangan ini umpama belangkas. Di mana ada Zulkifli, di situ ada Normala.

Malah, sifat romantis yang ditunjukkan berlanjutan sehingga masing-masing meniti usia emas. Ketika ramai melabelkan rumah tangga artis sukar bertahan lama, pasangan ini membuktikan cinta sejati wujud.

Mendirikan mahligai cinta 45 tahun lalu, rasa kasih dan sayang antara dua insan ini tidak pernah menipis.

Walaupun rambut kian memutih, kulit mengendur dan tenaga tidak lagi sekuat dulu, namun, semua itu tidak pernah menggugat kesetiaan mereka.

Justeru, tidak hairanlah andai Zulkifli dan Normala menjadi pasangan contoh oleh kebanyakan pasangan yang baru melangkah ke gerbang perkahwinan.

Keintiman pasangan ini dapat disaksikan ketika anak sulung, Norzizi memuat naik perkongsian memaparkan kedua orang tuanya meraikan ulang tahun perkahwinan ke-44, tahun lalu.

Foto serta video kemesraan yang ditunjukkan pasangan terbabit cukup menyentuh hati warganet dan selebriti.

Rata-rata mereka kagum dan mendoakan supaya bahtera perkahwinan yang dilayari, kekal bahagia hingga ke alam Syurga.

Namun, takdir Tuhan tidak ada siapa dapat menduga. Sama seperti soal jodoh dan rezeki, aj4l seseorang, tiada siapa dapat menghidu.

Kelmarin, ketika azan Maghrib sayup berkumandang, Zulkifli menghembvskan nafas terakhir akibat komplikasi pelbagai peny4kit di kediamannya di Ukay Perdana, Hulu Klang, disaksikan wanita yang amat dicintainya itu.

allahy4rh4m men1ngg4lkan lima anak dan tujuh cucu yang sangat menyayangi dirinya.

Mendekati Normala, riak wajahnya tampak tenang menerima suratan hidup suami tercinta pergi buat selama-lamanya.

Berkerusi roda akibat masalah kesihatan, namun, jauh di sudut hati Normala yang cukup dikenali sebagai pelakon dan penyanyi suatu waktu dahulu, pasti menanggung beban hilang sumber kekuatan diri.

Apatah lagi gandingan suami isteri ini dilihat cukup romantis bagai merpati dua sejoli, sehingga usia emas.

“Empat puluh lima tahun hidup dengan arw4h banyak detik kami tempuhi bersama. Suka dan duk4… Semuanya ada. Saya reda dengan ujian ini.

“Cuma pada hujung usianya, kami tidak banyak bercakap rancak. arw4h tidak boleh bercakap macam dahulu lagi.

“Kami banyak bersembang dalam hati. Saya ajar arw4h mengucap dua kalimah syahadah. Pada hujung usianya pun, arw4h sudah berbeza dan tidak kenal orang,” katanya kepada BH Online.

Zulkifli men1ngg4l dunia akibat komplikasi pelbagai peny4kit di kediamannya di Ukay Perdana, di sini, pada jam 7.30 malam kelmarin.

Pagi semalam, jen4zah allahy4rh4m dimandi dan disolatkan di Masjid Ukay Perdana. jen4zah kemudian dikebvmikan di Tanah Perkubvran Islam Ukay Perdana, pada jam 12 tengah hari.

Selain keluarga dan sanak-saudara, turut memberi penghormatan adalah teman artis seperti Datuk Yusof Haslam, Datuk M Nasir, Hail Amir dan Eman Manan.

Berkongsi cerita perkahwinan mereka, Normala tidak lokek memberitahu, hubungan mereka tidak disukai keluarga kedua-dua belah pihak, pada mulanya.

“Kalau hendak diimbas, perkahwinan kami tidak disukai keluarga. Saya orang Pulau Pinang, arw4h pula dari Kedah.

“Kami berkenalan ketika sama-sama menjadi penari di Kompleks Budaya Negara (KBN). Keluarga saya pun tidak suka saya bercinta dengan penari.

“Dipendekkan cerita, kami lalui halangan itu dan ini. Selepas berkahwin dan pernah menetap di Padang Panjang, Indonesia serta dikurniakan anak pertama, Norzizi, keluarga sudah mula menerima hubungan kami,” katanya.

Normala berkata, lima anak dan tujuh cucu menjadi kekuatan dirinya ketika ini.

“Insya-Allah, saya kena kuat. Macam sekarang belum terasa lagi hidup saya sudah tiada suami. Lepas seminggu dua nanti,

mungkin akan lebih terasa suratan ini.

“Saya akan merindui momen berdua dengannya. Rumah di Ukay Perdana yang saya diami ini adalah hadiah pemberian arw4h sempena ulang tahun kelahiran saya, beberapa tahun lalu.

“Ada kenangan kami di rumah ini,” katanya.

Tambah Normala, ketika hayat suami, arw4h pernah menyuarakan hasrat mahu melawat Padang Panjang, Indonesia, bersama seluruh anggota keluarga.

“arw4h menang hendak sangat ke sana. Mungkin banyak memori hidup kami di sana, tapi tidak kesampaian.

“Lagipun, dengan kekangan keadaan kesihatan saya dan arw4h, menyukarkan hasrat itu menjadi kenyataan. Saya pun berkerusi roda,” katanya.

Normala berkata, disebabkan masalah kesihatan, arw4h tidak mampu menikm4ti juadah diinginkan.

“Macam-macam permintaan termasuk nasi beriani dan mi kari yang dimasak Norzizi. Tapi, jika makan, arw4h tidak boleh hadam. Jadi, arw4h banyak diberi makan ‘oat’.

“Namun, saya dan anak-anak tetap menyediakan semua juadah itu bagi memenuhi permintaannya,” katanya.

Tambah Normala, arw4h paling rapat dengan Norzizi.

“arw4h banyak habiskan masa dengan Norzizi… Mereka memang rapat.

“Norzizi akan pulang ke rumah di Ukay Perdana untuk mengambil giliran menjaga arw4h. Cuma minggu sebelum pemergiannya, Norzizi sibuk dengan urusan kerja dan tak dapat menjaganya.

“Tetapi arw4h suruh saya menghubungi anak kesayangannya itu. Jadi dapatlah mereka bersembang panjang di telefon,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH