“Benjy Ada Hubungi Rakan-Rakan Artis Minta Pertolongan” – Zed Zaidi

Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) terpaksa menangguhkan hasratnya untuk menziarahi pelakon, Benjy yang menjalani hukvman di Penj4ra Tanjung Gusta, Medan, Indonesia, sejak 2017 atas kesalahan memiliki d4dah disebabkan pandemik c0v1d-19.

Mengambil inisiatif membantu Benjy atau nama sebenar, Khaeryll Benjamin Ibrahim, sejak lebih dua tahun lalu, SENIMAN bimbang keadaan terkini anak bintang veteran, allahy4rh4m Azean Irdawaty itu, yang pastinya berdepan cabaran menjadi b4ndu4n di negara orang.

Memetik laporan BH Online, Zed selaku Presiden SENIMAN memberitahu mereka merancang membuat lawatan berkala ke Penj4ra Tanjung Gusta bagi memberi sokongan moral kepada Benjy.

“Malangnya, tahun ini kami tidak dapat pergi ke Medan kerana pandemik c0v1d-19.

“Bagaimanapun, tidak bermakna kami melupakan Benjy. Kami masih mengambil berat dan risau dengan keadaannya. Apatah lagi Benjy ditahan di penj4ra di luar negara, pasti ada cabaran tersendiri.

“Ketika saya bertemu Benjy pada 2018, saya lihat dia mengalami masalah kesihatan. Benjy menghid4p peny4kit asma yang kritikal dan b4tuk tanpa henti.

“Sama juga keadaannya ketika Hafiz melawat Benjy, April tahun lalu. Benjy beritahu peny4kit asma yang dihidapinya masih teruk.

“Ketika itu, apa yang lebih merisaukan kami adalah apabila mendapat tahu, Benjy menghubungi rakan-rakan artis di Malaysia meminta tolong,” katanya.

Sebelum ini, pada Disember 2018, Zed pernah melawat Benjy di penj4ra berkenaan.

Ini disusuli kunjungan setiausaha persatuan itu, Mohd Hafiz Mohd Nafiah yang memberi sumbangan kepada pelakon terbabit pada April tahun lalu.

Zed berkata, aduan dikemukakan rakan artis yang prihatin dengan nasib Benjy mendorong SENIMAN mengambil inisiatif membantu pelakon terbabit.

“Benjy ada menghubungi rakan-rakan artis meminta pertolongan. Jadi, ramai yang membuat aduan kepada kami.

“Disebabkan itulah, kami lancarkan Tabung Prihatin Seniman Khas untuk Benjy sejak dua tahun lalu. Tabung ini bertujuan mengumpul sumbangan orang ramai agar bantuan dapat disalurkan kepadanya.

“Namun, jumlah yang diterima, tidak diberi ‘bulat-bulat’ kepada Benjy. Separuh daripada kutipan kami serahkan kepada adik Benjy. Kalau berlaku apa-apa, keluarga Benjy boleh salurkan kepadanya,” katanya lagi.

Pada April 2017, Benjy ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu, Deli Serdang Sumatera Utara oleh pihak Kastam dan Eksais republik itu sejurus tiba dari Kuala Lumpur.

Benjy disy4ki memiliki d4dah jenis methaphetamine seberat 4.5 gram yang disembunyikan pada bahagian duburnya.

Pada 18 Oktober 2017, Benjy dijatuhkan hukvman penj4ra selama 11 tahun tiga bulan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Daerah Medan, Indonesia.

Sumber: BH Online

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak