Kisah gadis jawab peperiksaan atas pokok disahkan p4lsu

Beberapa bulan lalu, tular kisah mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah Mosibin terpaksa memanjat pokok di kampungnya di Pitas, Sabah semata-mata mendapatkan capaian Internet yang baik untuk menjawab soalan peperiksaan.

Kisah tersebut menarik perhatian ramai pihak termasuk ahli politik yang tampil memberi bantuan serta menawarkan rangkaian internet yang lebih baik.

Dalam pada itu, siapa sangka dakwaan yang dibuat pelajar ini yang sanggup naik atas pokok demi merakam kisah peritnya hanyalah sekadar hiburan dan suka-suka.

Apa yang lebih mengejutkan, siasatan menunjukkan Veveonah tidak mempunyai sebarang peperiksaan sewaktu rakaman dibuat.

Kenyataan ini telah disahkan oleh Datuk Zahidi Zainul Abidin selaku Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia melalui rancangan Kementerian untuk memastikan liputan jalur lebar dipertingkatkan dari segi kelajuan dan keluasan liputan merangkumi seluruh Malaysia.

“Veveonah merupakan seorang YouTuber dan tidak ada peperiksaan. Kita dah semak dah. Dia hanya YouTuber untuk ambil nama, dia terkenal sekejap dan dia buat hanya untuk hiburan.

“Ini perbuatan yang kadang-kadang kita tert1pu dan kadang-kadang kita jangan mudah tert1pu dengan Youtuber untuk membuat isu.

“Jadi, kita minta pihak berwajib yang tidak ada line atau blind spot, maklumkan pada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan kita akan segera atasi masalah tersebut terutamanya dari segi pendidikan,” katanya.

Susulan perkongsian video kisah perit beliau di kampung juga turut mengundang pihak TM untuk menawarkan internet sehingga 300Mbps di kampung beliau pada Jun lalu.

Berdasarkan isu yang berlaku, timbul pula sebuah kekhilafan dimana Veveonah sebelum ini pernah mendakwa beliau terpaksa naik ke atas pokok untuk menjawab ujian dan bukanlah peperiksaan seperti yang diumumkan pihak Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia mengenai soal peperiksaan.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : wowberita