20 tahun terkvrung, bekas b4ndu4n Al-Ma’unah kek0k dengan dunia luar

KUALA BERANG: Terses4t ke kampung lain, tidak pandai menggunakan telefon pintar, itu pengalaman baharu dilalui bekas b4ndu4n kumpulan Al-Ma’unah tatkala melangkah keluar dari tirai besi pada 17 Ogos lalu setelah mendapat pengampunan Yang di-Pertuan Agong sempena Hari Kebangsaan ke-63.

Terkurvng di sebalik tembok tinggi selama 20 tahun yang memisahkannya dengan dunia luar, bekas b4ndu4n itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 49, mengakui kekok dan terkejuut dengan keadaan semasa, terutama di kampungnya yang disifatkan jauh berbeza berbanding 20 tahun lalu.

Cahaya terang matahari juga mengg4nggu penglihatannya lantaran sudah terbiasa dengan suasana suram di penj4ra.

“Bayangkan daripada kawasan hutan pada 20 tahun lalu, kini dipenuhi rumah. Saya nak bawa motosikal pun rasa t4kut sebab banyak betul kereta dan lori atas jalan. Bukan macam dulu… televisyen sekarang pun banyak yang dah ‘kurus’ (skrin nipis). Motosikal pun dah canggih tak perlu dihidupkan guna kaki.

“Apa yang membuatkan saya tersenyum tentunya melihat betapa ramainya anak saudara… sampai hari ini saya masih ragu-ragu dengan jumlahnya. Mungkin lebih daripada 15 orang sedangkan ketika saya tinggalkan keluarga, hanya ada lima orang sahaja,” katanya ketika ditemui Bernama, di sini.

Ahmad, yang sepatutnya menjalani hukvman penj4ra sepanjang hayat, adalah antara 13 bekas ahli kumpulan Al-Ma’unah yang dibebaskan awal susulan pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Hari Kebangsaan ke-63.

Ahmad telah dimasukkan ke Penj4ra Sungai Buloh seketika pada tahun 2000 sebelum ke Penj4ra Kajang selama lapan tahun, kemudiannya dipindahkan ke Penj4ra Marang selama 12 tahun, sejak 2008, dan akhirnya ada 17 Ogos lalu, beliau dibebaskan.

Mengimbas kembali detik pembebasannya, Ahmad berkata pada 16 Ogos, beliau dipanggil oleh pegawai penj4ra untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan diminta membaca sepucuk surat.

Ahmad berkata beliau diminta membaca satu persatu baris ayat di surat itu, yang memaklumkan keputusan penolakan empat kali rayuannya untuk pembebasan sebelum ini, sehinggalah pada baris terakhir yang menyatakan rayuannya diperkenankan.

“Apabila tiba pada ayat ‘diperkenankan’ bagi rayuan kali kelima, saya gagal teruskan bacaan dan pegawai meminta saya melakukan sujud syukur,” katanya, sambil menambah saat itu beliau bagaikan tiada keupayaan lagi untuk berdiri kerana terlalu terkejuut sehingga dipapah oleh pegawai penj4ra.

Ahmad berkata malam terakhir di penj4ra juga dirasakan sangat panjang sehingga beliau tidak dapat melelapkan mata.

“Saya tak tidur. Saya hanya berbaring atas simen… semua peralatan termasuk tilam, selimut, bekas air dan segalanya telah saya agihkan kepada b4ndu4n lain.

“Pada hari terakhir, sebelum melangkah keluar dari pintu besi, saya dibawa berjumpa pegawai penj4ra. Di situlah saya dijamu makan durian. Ia adalah hadiah untuk pembebasan saya. Ketika itu jugalah air mata saya mengalir laju. Sudah 20 tahun tidak merasa enaknya durian,” katanya yang kelihatan ceria dan mesra sepanjang temu bual secara santai itu berlangsung.

Katanya, apabila tiba di rumah pada 17 Ogos, beliau disambut dengan penuh gembira oleh kaum keluarga dan rakan terdekat, sambil dijamu dengan nasi minyak serta pelbagai makanan lain manakala pada awal Muh4r4m lalu, surau berdekatan rumahnya pula mengadakan kenduri kesyukuran menyambutnya pulang.

Ketika ditanya apakah yang akan dilakukan dalam masa terdekat, Ahmad yang mahir membuat perabot ketika di penj4ra berkata beliau ada menerima tawaran untuk bekerja tetapi masih belum membuat keputusan kerana mahu berehat seketika, selain mahu membalas jasa keluarga terutama kakaknya yang sering memberi sokongan dan sentiasa melawatnya di penj4ra walaupun terpaksa berhabis wang ringgit.

Bagi memastikan nilai positif pada dirinya terus kekal, Ahmad yang pernah meraih perhatian ramai kerana kehebatannya khatam al-Quran sebanyak 165 kali ketika di penj4ra berkata, beliau akan meneruskan amalannya membaca al-Quran pada setiap hari seperti di penj4ra.

“Saya benar-benar terharu atas pembebasan ini. Terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong. Saya yakin apa yang berlaku ini mempunyai kaitan dengan amalan saya di penj4ra, termasuk doa yang tidak putus daripada keluarga,” katanya. – BERNAMA

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH