Setelah Lama Berdiam Diri, Shuk HotFM Ceritakan Perkara Sebenar Yang Terjadi Mengenai Isu Cur4ng Dan Mengaku Buat Kesil4pan

SELEPAS lama mendiamkan diri, penyampai radio Hot FM iaitu Shuk Sahar akhirnya tampil menjelaskan dakwaan berlaku curang terhadap isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah.

Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 34, mengakui pernah mengenali wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh dan isterinya mengetahui tentang perkara itu.

Menurut Shuk, dia dan isterinya sudah berbincang untuk tidak memberi sebarang kenyataan lebih lanjut lagi mengenai isu tersebut kerana fokus utamanya kini hanya keluarga serta kerjaya.

“Saya mengaku yang saya pernah kenal insan terbabit dan isteri pun mengetahui perkara itu. Sebenarnya masalah tersebut sudah lama selesaikan.Tapi saya tak tahu apa niat individu yang menyebarkan perkara itu. Saya pun dah berbincang dengan isteri dan ambil keputusan untuk tidak mengulas lebih lanjut.

“Apa yang berlaku sudah berlalu dan saya nak fokus kepada keluarga serta kerjaya sahaja sekarang ini,” kata Shuk kepada mStar.

Pengacara dan pelawak terkenal itu ditemui ketika media night bersama HotFM & KoolFM di Red Box, The Gardens, Mid Valley, Kuala Lumpur pada Rabu.

Sebelum ini, Shuk didakwa berlaku cur4ng dan mempunyai hubungan dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh.

Kisah tersebut menjadi tular pada awal Ogos lalu selepas seorang pengguna di Twitter mended4hkan beberapa bukti.

Malah individu tersebut juga membuat pelbagai dakwaan burvk terhadap Shuk dan Fara.Dalam pada itu, anggota kumpulan lawak Balas ini menjelaskan dia mengambil keputusan untuk berdiam diri ketika itu kerana sedang dalam perjalanan pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidiladha.Shuk meluahkan rasa syukur kerana hubungannya dengan isteri sentiasa baik malah mereka tidak berenggang sepanjang kontroversi itu hangat diperkatakan.

“Ketika benda itu (isu cur4ng) berlaku, saya dan isteri serta anak dalam perjalanan pulang ke kampung di Pulau Pinang untuk sambut hari raya sebab itu saya ambil keputusan untuk berdiam diri.Sepanjang waktu itu, isteri dan saya tak pernah berenggang dan Alhamdulillah, hubungan kami baik saja. Sebagai seorang lelaki, ketua keluarga dan suami… kita tak mungkin lari daripada buat k3silapan.Itu keluarga saya dan saya akan cuba pertahankan sampai bila-bila. Saya belajar daripada k3silapan dan akan lebih berhati-hati selepas ini,” ujarnya.

Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

KreditSumber:Mstaronline

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : http://www.awatttsyeikhh.com/