“Nanti dah kena tengoklah yang si back up tu meroy4n macam mana,”- Bekas Pekerja Aliff Syukri Mula Buka Mulut Perangai Sebenar Usahawan Itu

Bekas pekerja usahawan kosmetik, Melati Abd Ghani tampil bersuara berhubung isu resort kotor seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Kata Melati, tindakan untuk berlawan dengan menyalahkan semula pelanggan resort berkenaan tidak wajar.

“Ni bod0h punya orang, dah memang tempat ko kot0r, customer complaint. Lepas tu ko nak salahkan customer dah kenapa? Customer is right.

“Bila customer complaint mintalah maaf dan perbaiki, bukan salahkan customer. Adui macam mana punya mentalitilah…

“Sudah-sudahlah tu cakap tak terkesan dengan kata-kata netizen tapi baru seorang customer complaint dah bitter.

“Belajarlah yang ada pada orang lain lebih hebat dari dir kita, terima pendapat orang lain, turunkan ego. Sudah-sudahlah tu bangga diri.

“Kalau staff ko bolehlah paksa suruh sumpah bagai, ini customer ko suruh bersumpah bagai walaupun benda tu tak betul. Simpan sikit bangan tu boleh tak,” tulisnya menerusi Instagram Story pada Selasa.

Terdahulu, tul4r dakwa4n seorang atlet parkour yang terkilan dengan servis dan kebersihan sebuah resort milik usahawan kosmetik terkenal tanah air.

Selepas pendedah4n berkenaan, usahawan kosmetik berkenaan difahamkan telah menghubunginya meminta untuk memadamkan posting terbabit sebelum tindakan diambil.

Manakala, Datuk Seri Aliff Syukri pada Selasa tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup aktiviti dan sikap keluarga pelanggan terbabit yang tidak menjaga adab dan etika di resort miliknya.

Sementara itu, mengulas mengenai situasi terbabit, kata Melati adalah normal untuk kanak-kanak berlari-lari sama seperti anak-anak usahawan berkenaan.

“Alahai nak cakap anak orang berlari-larilah, tak reti duduk diam. Eh anak dia pun kalau pergi mana-mana pun lasak juga, berlari, sampai pecah pasu hotel.

“Biasalah budak-budak memanglah macam tu lasak.

“Yang seorang lagi tu duduk back up dia siap posting video sebab dia ada job di sana. Tak apa belum kena batang hidung dia lagi.

“Nanti dah kena tengoklah yang si back up tu meroy4n macam mana,” tambahnya.

Melati sebelum ini pernah mended4hkan dia telah diberhentikan tugas dengan usahawan kosmetik itu selepas setia berkhidmat sekian lama.

Resort Aliff Syukri Didakwa Kotor Dan Tidak Selamat

Mendedahkan percutiannya bersama keluarga berdepan masalah apabila pusat peranginan atau resort milik usahawan kosmetik sensasi Dato Aliff Syukri yang didiami mereka selama beberapa hari penuh dugaan, Instafamous Abudi Alsagoff tampil mendakwa percutiannya di Sugeh Hill Resort amat memeritkan.

Katanya lagi, pekerja Aliff juga memberi layanan yang kurang memuaskan biarpun bayaran yang dikenakan seakan tidak setimpal dengan apa yang diberikan.

ā€œMungkin Dato Aliff kena pantau lagi pekerja-pekerja di resort Dato. Kesian invest puluh-puluh juta, service dan tempat disampahkan.ā€

Ujar lelaki itu, kediaman yang didiaminya juga dilihat penuh dengan sampah sarap, kotor dan membahayakan.

ā€œKat lobby tempat greet guests, air yg disediakan dah habis (okla tunggu refill). Masalahnya bocor ke apa menitik habis basah lantai and staff punya solusi? letak kain. budak2 lari bila sampai.. kalau ada yg jatuh terhentak kepala (nauzubillah).ā€

Bagaimanapun, selepas kisah itu ditularkan oleh individu terbabit, kes itu khabarnya mendapat perhatian Aliff sehingga beliau dikatakan bertindak menyeru Abudi untuk memadam posting yang dimuat naik olehnya.

Abudi yang difahamkan agak terkilan dengan servis serta layanan yang diberikan turut kecewa dengan tindakan jutawan tersebut.

Bagaimanapun, Aliff dilihat turut mengugut Abudi andai tidak memadam posting berkenaan kerana difahamkan Aliff ada menyimpan beberapa bukti serta rakaman CCTV yang mempamerkan sikap individu terbabit sepanjang menginap di sana.

Malah, Abudi juga sempat memuat naik beberapa posting yang menyaksikan resort tersebut dipenuhi sampah sarap dan lipas di dalam peti sejuk.

Dalam pada itu, beliau juga dilihat enggan mengesyorkan tempat peranginan tersebut kepada orang ramai kerana segala yang diterimanya amat tidak berbaloi.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di FacebookĀ @Soya Lemon

Sumber : Gempak