Marina tegur 1su pelekat tulisan cina, Sekali Pemuda D4P, Abdul Aziz sound balik

Kuching, 22 Ogos: Setiausaha Publisiti Pemuda DAP (DAPSY) Sarawak, Abdul Aziz Isa meminta Marina Ibrahim supaya menjaga hal sendiri di Johor berhubung desakan Marina supaya DAPSY Sarawak meminta maaf berhubung tindakan menampal pelekat tulisan cina pada papan tanda jalan milik Dewan Bandaraya Kuching Utara.

Isa yang juga merupakan pembantu khas kepada YB Chong Chieng Jen turut berkata Marina cuma merupakan sepotong kek baginya (piece of cake to me). Ini adalah kerana beliau mempunyai keberanian untuk mengkritik sosok politik yang lebih besar seperti Syed Saddiq, Khairy Jamaluddin dan Maszlee Malik.

“Sila datang ke Sarawak sebelum membuat komen mengarut berhubung 1su ini. Jika tidak, kekal sahaja tinggal di Malaya dan jangan sibuk untuk ke Sarawak.

Kepada Marina, yang kononnya ahli baru DAP, jika kamu ada bermimpi untuk menjadi calon (pilihanraya), kamu lebih baik jaga hal sendiri di Johor. Fokus kepada kerja politik di bawah kamu. Jika saya berani untuk mengkritik Syed Saddiq, Khairy dan Maszlee, anda cuma sepotong kek untuk saya. ” – Abdul Aziz Isa

Manakala kepada Faiz Fadzil yang turut meminta DAPSY Sarawak meminta maaf, Isa berkata beliau tidak memerlvk4n sebarang kuliah dari orang Malaya.

“Kepada Faiz, sebagai peguam yang terkemuka, kamu tidak tahu yang Dewan Undangan Negeri Sarawak tidak pernah mengesahkan Akta Bahasa Kebangsaaan 1963/67? Daripada kamu menyerang sekutu sendiri di Sarawak, kamu patut ambil berat tentang kawasan pilihanraya kamu sendiri. Ini adalah Sarawak dan kami tidak memerlvk4n sebarang kuliah dari orang Malaya” – Abdul Aziz Isa

Abdul Aziz Isa berkata demikian di akaun facebooknya lebih kurang jam 10 malam semalam. Walaubagaimanapun, status itu yang beberapa kali disunting kini tidak dapat diakses di akaun facebooknya dipercayai dipadamkan, tetapi ia sempat ditangkap layar oleh warga net.

Ketika itu, penceramah popular DAP, Superman Hew meminta pengundi untuk memilih Isa ke DUN Sarawak supaya dapat ‘skrew melayu politikus besar yang korup’

“Aziz mungkin menjadi adun Melayu pertama DAP di Sarawak selepas 36 tahun. Ayuh kita hantarkan Aziz masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri demi skrew bangsa Melayunya, iaitu politikus besar orang melayu yang korup, screw “pokai” di kerajaan” – Superman Hew.

Petang semalam, ahli DAPSY Sarawak telah memberikan keterangan kepada di ibu pejabat p0lis daerah Kuching berhubung tindakan mereka menampal pelekat tulisan cina pada papan tanda jalan tanpa mendapatkan kelulusan dari Dewan Bandaraya Kuching Utara.

Pengerusi DAP Sarawak yang juga merupakan boss Isa, YB Chong Chien Jen berkata isu tersebut telah diperbesarkan oleh warganet dari Semenanjung yang did4kwa beliau meilhatnya dari perspektif perkauman.

Kebanyakan komen dari warganet semenanjung Malaysia di laman facebook mereka katanya tidak memahami situasi sebenar di Sarawak dimana kebanyakan papan tanda jalan di bandar utama adalah dwi bahasa.

“Papan tanda jalan dwi bahasa telah berada di negeri ini sebelum pembentukan Malaysia lagi, kerana itulah tindakan ini sebenarnya adalah berniat baik untuk mengembali dan mengekalkan semula kepelbagaian budaya di Sarawak.” – Chong Chien Jen

Terdahulu, Ahli Jawatankuasa DAP Sarawak, Julian Tan Kok Ping berkata tindakan DAPSY Sarawak itu adalah kerana terdapat banyak perniagaan di lokasi tersebut dijalankan oleh masyarakat cina.

Free Malaysia Today memetik beliau sebagai berkata papan tanda jalan dalam dwi bahasa juga adalah sebahagian dari budaya Sarawak apatah lagi lokasi tersebut merupakan tumpuan pelancong.

“Kita memilih untuk mengembalikan tulisan cina untuk papan tanda jalan di Jalan Main Bazar, Wayang Street dan Jalan Green Hill kerana terdapat banyak perniagaan di sana dijalankan oleh masyarakat cina.

Terutamanya untuk Jalan Main Bazaar, yang merupakan tumpuan utama pelancong dengan tokong cina tertua di Kuching terletak di sana. ” – Julian Tan Kok Ping

Tindakan pemuda DAP Sarawak itu dilihat pengkritik sebagai usaha parti politik tersebut untuk mengekal dan menambahkan sokongan di kalangan pengundi berbangsa Cina pada pilihanraya negeri yang akan diadakan pada bila-bila masa. -Buletin TTKM-

Dalam pada itu, Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi sberkata perbuatan pemuda DAP itu melanggar Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963.

“DAP tidak sepatutnya mengheret DBKU dalam (memenuhi kehendak agenda) politik mereka. Mereka tidak sepatutnya terikut-ikut dengan apa yang dilakukan (tanpa mengambil kira sensitiviti di antara kaum seperti) di Semenanjung Malaysia,”

Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Gambar oleh Dayak Daily.

Menurut Dr Abdul Rahman, tindakan itu dianggap vandalisme dan melanggar peraturan DBKU kerana ia tidak mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada pihak berkuasa tempatan itu.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Trending Sangat via TerengganuTv