“Dengan ini tamatlah kekecohan pada waktu Maghrib di kampungku..” – Drama 7 Hari Mencintaiku 2 Catat 12 Juta Tontonan

Setelah beberapa hari tamat siaran 7 Hari Mencintaiku 2, nampaknya ramai juga peminat drama ini masih belum boleh move on tanpanya. Selama 33 episod penonton dihidangkan dengan perjalanan onak duri rumahtangga Khuzairi dan Mia Adriana serta beberapa watak lain, pastinya lakonan hebat pelakon-pelakonnya membuatkan ramai teruja menonton 7 Hari Mencintaiku 2.

Berakhirnya kisah keluarga Pak Samad yang terdiri daripada Pak Samad (Kazar), Mak Leha (Liza Abdullah), Khuzairi (Shukri Yahaya), Helmi (Syazwan Zulkifli), Nadia dan pasangan masing-masing. Setelah pelbagai cabaran dan dugaan yang mereka lalui, akhirnya keluarga ini bahagia di samping pasangan masing-masing.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Haaa…takoooottt…hihi Tapi dlm hati syg sgt ngan anak²

A post shared by ķazar 🇲🇾 مليسيا 🇲🇾 (@kazar35) on

Berita gembira buat peminat drama ini apabila TV3 sendiri mengumumkan 7 Hari Mencintaiku 2 catat 12 juta tontonan sepanjang 33 episod ditayangkan dan 5 juta tontonan episod akhir.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Terima kasih buat anda, kerana menjadikan drama bersiri, 7 Hari Mencintaiku 2 karya @sitirosmizahsemail, sebagai satu lagi fenomena dengan 12 juta tontonan, sepanjang 33 episod! Teruskan menonton drama-drama yang terhebat, semestinya hanya di TV3

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia) on

Drama hasil karya Siti Rosmizah ini sememangnya menghidangkan plot cerita yang menarik serta penuh emosi kepada penontonnya. 7 Hari Mencintaiku 2 menjadi satu fenomena luar biasa buat industri drama Melayu tanah air.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Keeee nak ikot aku pergi masjid.. nikah terussSS§…

A post shared by ķazar 🇲🇾 مليسيا 🇲🇾 (@kazar35) on

Perkongsian dari Instagram TV3 Malaysia mengenai 7 Hari Mencintaiku 2 catat 12 juta tontonan sepanjang episod ini telah meraih lebih 8 ribu likes. Rata-rata warganet  men1ngg4lkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“The best drama dari musim 1 hingga 2. Harapnya ada gandingan Shukri Yahaya dan Siti Saleha lagi lain kali”

“Dengan ini tamatlah kekecohan pada waktu Maghrib di kampungku”

“Harap ada season 3”

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : HCL