Digeruni p3njen4yah sejak 5 bulan lalu, Ayob Khan kongsi cabaran ‘jaga’ Johor

“Johor datang dengan pelbagai pakej”. Begitu jawapan Ketua p0lis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika ditanya mengenai cabaran beliau memimpin Kontinjen Johor dalam menjaga keamanan dan mengekang penul4ran pelbagai aktiviti jen4yah di selatan tanah air.

Selain tugas hakiki beliau dalam menangani isu jen4yah, beberapa isu yang menjadikan Johor “unik” dari segi cabaran yang dihadapi turut disentuh termasuk landskap geografi tersendiri berbanding negeri-negeri lain selain isu-isu yang turut berkait rapat dengan hubungan dua hala dengan dua negara jiran.

“Di Johor, kita ada kawasan persisiran pantai yang luas, keseluruhan Pantai Timur dan Pantai Barat saya rasa kita ada kira-kira 530 kilometer. Bila ada kawasan pantai yang luas, kita ada banyak isu. Isu penyelvdup4n manusia, penyelvdup4an barang-barang kontraban – rok0k, ar4k dan sebagainya.

“Selain itu, kita juga bersempadan dengan dua negara Indonesia dan Singapura, jadi adalah isu-isu berkaitan bilateral (hubungan dua hala) yang melibatkan Johor dan dua negara berkenaan,” kata beliau kepada Bernama dalam satu temu bual eksklusif, baru-baru ini.

Meskipun baru masuk bulan kelima beliau memegang jawatan itu, pelbagai pencapaian telah dicapai dengan yang terbesar sekali tertumpasnya sebuah rantaian sindiket penyelvdup4n migran asing “Geng Otong” di perairan Timur Johor.

Ia sekali gus membawa kepada pend4kwaan terbesar dalam sejarah iaitu 51 anggota sindiket pada 2 Julai lepas.

Ketika ditanya apa strategi beliau dalam menangani isu yang sememangnya “berpuluh-puluh tahun” sukar dipatahkan, beliau bukan seorang yang suka mendabik dada dan tidak lupa mendedikasikan usaha dan kejayaan itu kepada seluruh anak buahnya terutama pegawai kanan — Ketua Jabatan Siasatan jen4yah (Risikan/Operasi) Johor SAC Md Yusof Ahmad.

 

“Saya mempunyai satu pasukan yang amat mantap. Saya boleh katakan 95 peratus pegawai dan anggota saya berdedikasi, komited, berintegriti dan memberi sokongan padu kepada semua misi dan arahan-arahan yang saya berikan.

“Satu contoh pegawai yang baik dan selalu saya jelaskan dan berkongsi dengan pihak media adalah SAC Md Yusof Ahmad.

“Beliau seorang yang berpengalaman dan dalam konteks menangani isu-isu jen4yah dan migran ni, beliaulah penggerak utama dalam negeri Johor dan dengan kepakaran dan komitmen beliau dan pegawai serta anggota bawahan, kita banyak melancarkan operasi-operasi ke atas migran,” kata ketua p0lis negeri berusia 54 tahun itu.

Tambahnya lagi, p0lis Kontinjen Johor turut merintis “formula baru” dalam membanteras jen4yah penyeludupan migran ini dengan memastikan si4sat4n ke atas keseluruhan rantaian sind1ket mengguna pakai prosedur siasatan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), yang kini turut diikuti oleh negeri-negeri lain.

Anak kelahiran Pendang, Kedah itu sememangnya wajah yang tidak asing lagi dan seringkali namanya meniti di bibir masyarakat terutama dengan ketegasannya dalam membasmi aktiviti jen4yah dan yang lebih terserlah lagi bila menyentuh mengenai integriti kep0lisian yang sangat dekat dengan hati beliau.

“Sebagai Ketua p0lis Johor, dari hari pertama saya di Johor, saya sudah tegaskan isu integriti ini saya tidak akan bertolak ansur. Saya sudah cakap dari awal lagi, sebarang pelanggaran tatatertib, bersekongkol dengan elemen-elemen jen4yah, saya akan tangkap.

“Saya tidak akan mengambil tindakan di bawah siasatan dalaman. Saya tidak akan serahkan kepada Jabatan Integriti dan (Pematuhan) Standard yang biasa dibuat. Saya akan tangkap. Kalau ambil rasuah, saya akan tangkap!,” tegas beliau yang mula memimpin Kontinjen Johor sejak akhir Februari, tahun ini.

Ini dibuktikan dengan penahanan ser4mai 23 pegawai dan anggota penguat kuasa dipercayai terlibat dengan sindiket penyelvdup4n migr4n di pantai timur Johor setakat 3 Julai lepas.

Aktiviti penyelvdup4n migr4n di Pantai Timur Johor iaitu merangkumi Daerah Mersing dan Kota Tinggi kini sudah 95 peratus berjaya dipatahkan.

Tumpuan beliau seterusnya adalah untuk memastikan usaha mengekang penyelvdup4n migr4n dapat dipatahkan di kawasan Pantai Barat Johor pula.

Sumber : Bernama

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : wowberita