COV1D-19: PH d4kwa Menteri tidak jalani ku4rantin selepas balik dari Turki

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Ahli Parlimen Pakatan Harapan mend4kwa Menteri Perusahan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali tidak menjalani kuar4ntin selama 14 hari seperti prosedur operasi standard (SOP) c0v1d-19 selepas pulang dari luar negara awal bulan Julai lalu.

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata menteri tersebut telah berkunjung ke Turki pada 3 hingga 7 Julai 2020, namun tidak menjalani kuarantin selepas pulang ke Malaysia.

“Tapi pada 13 haribulan, dia (Khairuddin) datang ke Parlimen,

“Jadi kita tahu semua orang pergi ke luar negara, mereka harus dikuarantin selama 14 hari (selepas pulang). Tapi sekarang ni ada menteri kabinet tak ikut (peraturan yang ditetapkan),” katanya semasa mencelah ucapan Ahli Parlimen Gopeng, Lee Boon Chye yang membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Langkah-langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (peny4kit Koronav1rus 2019) di Dewan Rakyat hari ini.

Perkara sama turut dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer berkata menteri tersebut tidak wajar datang ke sidang parlimen setelah pulang dari luar negara.

“Semua orang yang dided4hkan kepada w4b4k c0v1d-19 ini harus menjalani proses kuar4ntin,

“Mengapakah perkara ini tidak dipatuhi oleh seorang menteri dan bukan saja itu ia turut mendedahkan kita kepada semua w4b4k c0v1d-19,

“Adakah undang-undang ini hanya terpakai kepada rakyat sahaja, dan bukan kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat sebelah sana,” ujarnya. – airtimes.my

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : www.airtimes.my