Nabila Razali tepis d4kwa4n tidak profesional

PETALING JAYA – Penyanyi Nabila Razali, 27, mempertahankan dirinya atas d4kwaan tidak bersikap profesional ketika menjadi tetamu undangan dalam sebuah program radio swasta.

Nabila atau nama sebenarnya, Nur Nabila Mohd. Razali bagaimanapun meminta agar isu berkenaan tidak digembar-gemburkan kerana boleh diselesaikan secara baik.

“Sekiranya ada masalah, usah dijadikan bahan penceritaan untuk orang ramai. Mungkin benda ini terlepas pandang dari pihak saya.

“Program tersebut dibatalkan pada saat akhir namun saya tetap hadir selepas dipanggil semula. Jadi, saya tetap datang dengan niat untuk mempromosi drama dan lagu nyanyian saya. Bagi saya, isu ini bukan isu besar sebab saya tetap beri komitmen pada saat akhir,” katanya kepada Kosmo! Online.

Nabila ditemui media pada majlis pelancaran klip muzik rasmi lagu Peluang Kedua yang turut menyaksikan kolaborasinya bersama penyanyi rap MK K-Clique dalam versi baharu.

Dalam pada itu, Nabila turut memohon maaf sekiranya ins1den yang terjadi melvk4kan hati mana-mana pihak.

“Saya minta maaf andai ins1den itu menggvris hati mana-mana pihak. Kalau ada masalah, kita berbincang dan perkara ini boleh diselesaikan. kalau saya salah, boleh tegur saya, tetapi tidak perlu dijaja kepada orang ramai.

Terdahulu, difahamkan Nabila telah menghadiri sesi temu bual bersama sebuah stesen radio. Kekecohan mula tercetus apabila Nabila telah menjawab panggilan daripada wakil stesen radio lain ketika sedang bersiaran langsung dengan pihak radio yang sedang menemubual dirinya.

“Sekali lagi, saya Nabila Razali minta maaf. Insya-Allah benda ini tidak akan berlaku lagi,” katanya.

Mengulas tentang d4kwaan dirinya sudah mula besar kepala, Nabila menafikan dakwaan tersebut.

“Mengulas tentang isu besar kepala, saya masih lagi ada di sini dan bertungkus-lumus untuk kekal berada di sini.

“Dahulu apabila orang kata suara saya tidak sedap, saya pernah rasa tertekan dan rendah diri, serta perlu ambil masa untuk bangkit semula. Jadi bagi saya, isu ini tidak perlu diperbesarkan,” ujarnya.  

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : kosmo