Tak Sangka Selama ni Pelajar Bijak dan Cantik ni Pandai ‘cover’ Kem1skin4n, Baju Kedut Memb0ngkar Kisah mMny4yat Hati

Menerusi perkongsian di laman Facebook Mohd Fadli Salleh, guru itu menceritakan situasi yang dialami oleh rakannya, yang juga seorang guru.

Ketika itu rakannya yang dikenali sebagai Cikgu Amir, membantu seorang pelajar perempuan Tahun Enam membeli barang keperluan di sebuah pasaraya, baru-baru ini.

“Agaknya dah lama dia kepingin nak makan coklat sedap, tapi tiada duit nak beli.

“Berair mata Amir. Sebak tak terkata. Terus dia beli banyak-banyak,” tulis Mohd Fadli.

Menurut Mohd Fadli, tiada siapa yang mengetahui masalah yang dihadapi pelajar itu lantaran sikapnya yang ceria dan sering tersenyum.

Bagaimanapun kisah keperitan hidup pelajar tersebut terbongkar selepas seorang lagi guru lain terperasan pakaian seragamnya sering berkedut.

“Bila ada seorang guru prihatin bertanya khabar apabila lihat pakaiannya berkedut, baru dia buka cerita.

“Dia tidak ada iron. Dan masa itu mereka tiga beranak tinggal di stor sahaja. Terkejvt cikgunya mendengar kisah anak ini.

“Bergenang kolam air mata kerana dia tidak menyangka anak secantik ini, sebijak dan sebaik ini sedang mengharungi kisah kehidupan yang sangat susah.

“Dan anak itu berjaya menyorok kisah itu bertahun lamanya di sebalik senyuman manisnya dan tingkah laku yang sungguh menyenangkan,” tulisnya lagi.

Mohd Fadli berkata kisah pelajar itu akhirnya sampai ke pengetahuannya.

Guru yang menguruskan Pertubuhan Kebajikan Danakita itu berkata, bertindak di atas maklumat tersebut, dia bersama seorang rakan, Cikgu Amir kemudiannya pergi menyiasat untuk mengetahui kisah pelajar itu lebih lanjut.

“Benarlah, anak ini tinggal bersama ayahnya yang penyayang bersama seorang lagi adik di stor tempat kerja ayahnya. Ayahnya kerja sebagai cleaner.

“Masa kami jumpa, si ayah risau. Kontraknya bakal habis dan dia akan diusir dari stor tempat dia tinggal dengan anak-anaknya.

“Kami terus cari rumah, isi borang Baitulmal dan si ayah terus mencari kerja lain,” tulisnya lagi.

Ketika melakukan kunjungan ke rumah pelajar itu bagi menghantar tilam dan tikar baru-baru ini, ada yang lebih menarik perhatian guru tersebut.

“Masa inilah aku perasan, semua pakaian anak ini lusuh semuanya.

“Dipakai baju ayah, berseluar senteng sahaja. Rumah pula kosong tiada apa-apa.

“Aku terus cakap kat brother aku Fadamir, ‘Mir… Nanti kau bawa budak ni pergi beli pakaian. Beli juga rak baju, iron dan apa-apa yang perlu. Dana kiriman orang ramai banyak lagi ni. Kita support penuh family ini’”, tulisnya lagi.

Sehingga kini posting itu meraih 1,100 perkongsian dan dibanjiri ratusan komen netizen yang rata-ratanya memuji tindakan mulia Mohd Fadli dan rakannya.

“Ya Allah… bergenang air mata ‘Cikgu, boleh tak saya nak beli coklat’ sedangkan cucu kita boleh pilih-pilih coklat yang mana suka”

“Sed1h baca… Dulu saya waktu kecil pun teringin sangat nak makan coklat dan biskut yang ada krim coklat kat tengah tu.

Hidup susah sebab bapa keja buruh dan ramai adik beradik”

Sedih dan terharu baca kisah ni..sedih kerana kehidupan serba kekurangan..

Terharu kerana ketulusan hati menyembunyikan keperitan jidup walaupun masih terlalu mentah mengharunginya tapi pemikirannya lebih dewasa dan matang menutupi kekurangan..

Semuanya hasil didikan sempurna seorang ayah yang soleh dan berusaha untuk tidak meminta belas ihsan dari orang lain selagi masih ada kudrat..

Semoga dibukakan pintu rezeki melimpah buat keluarga ini dan dimurahkan rezeki buat yang membantu..amin”

Allahhu,,sdeh sgt,Allah kirimkn seorg chik gu yg brhati mulia, yg peka perihatin,trhadap anak2 muridnya bkn sekadar mngajar ckup bln dpt gaji.

Tak ramai cik gu yg smpai ambil tahu hal ehwal muridnya bilamana dia tngok dr segi pnampilan anak muridnya lain dr murid2 lain dia korek cari tahu smpailh dia tahu muridnya keberadaan muridnya.

Terus dbantu,smpai kerumah dia pergi betapa mulia hatinya ya ALLAH.

Kau brilh k3sihatan yg baik buat chik gu mfs dan prmudahkn urusanya dunia dn akh1rat.

Ada baca kisahnya dgn isterinya, suka sngt,suami dn ayah yg pnyayang dn brtggong jawab”

Sumber : mStar Online via Macam² Ado

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : lamanmaya.pw