Menekan butang ‘snooze’ dan kembali tidur memberikan kes4n bvruk dan akan menyebabkan penyakit kr0nik..

ADA sesetengah orang, mereka akan segera terbangun apabila mendengar bunyi alarm dan ada pula yang akan terus menerus meneken butang ‘snooze’ agar dapat tidur lebih lama.

Golongan yang masuk dalam kategori kedua itu biasanya memang liat hendak bangun dan akan menggunakan alasan ‘lima minit lagi’ agar dapat terus tidur sebelum menyedari mereka sudah terlewat.

Berwaspadalah pada yang mempunyai tabiat ini kerana ia boleh memberi kesan burvk kepada kesihatan anda.

Malah produk kesihatan berkaitan tidur, Sleep, sedang berusaha agar ‘snooze’ dikeluarkan daripada sistem telefon Apple.

Alat penggera digunakan bagi membantu kita bangun tepat pada waktunya.

Ya, menurut pakar, ciri tersebut sebenarnya mendatangkan bah4ya kepada kesihatan manusia.

Pakar saraf, Matt Janes menjelaskan, ketika alat penggera berbunyi pada waktu pagi, kita akan terbangun dan kebiasaannya kita akan berasa terkejut dengan bunyi alarm.

Matt menjelaskan perasaan terk3jut itu dapat memicu sistem saraf simpatik iaitu respons fight atau flight (yang muncul ketika diri berasa ter4ncam) pada sistem saraf otonom.

Jika kita menekan butang ‘snooze’ dan kembali tidur, saat ia kembali berbunyi beberapa minit kemudian, respons fight atau flight itu tadi akan kembali muncul.

Jadi menekan butang ‘snooze’ berkali-kali seolah-olah menyer4ng otak sendiri kerana sistem respons itu terbentuk untuk tempoh terbatas.

Sesetengah orang memerlvk4n bantuan alarm untuk bangun tidur.

Kebiasaannya, keadaan itu dapat memberi kesan fisiologi negatif pada tubuh termasuk bagaimana badan kita melepaskan kortisol yang jika dibiarkan ia akan memicu keradangan pada sel.

“Keadaan ini lebih besar berbanding apa kita fikirkan kerana ia boleh menyebabkan peny4kit kronik termasuk kemurungan,” katanya.

Jadi sebaik-baiknya kata Matt, hentikan tabiat membiarkan ‘snooze’ berfungsi selain tidak melengah-lengahkan waktu apabila alarm pertama sudah berbunyi.

Matt juga menyarankan agar, tidur pada waktu rutin setiap hari bagi mendapat rehat yang cukup dan itu akan memudahkan kita bangun pada waktu pagi.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : mStar