Aktres Nabila Huda, 36, tampil memberi penjelasan dengan menyatakan dia berada dalam keadaan baik selepas ins1den rumahnya didatangi manusia yang mencurigakan.
Jelas Nabila atau lebih mesra dipanggil Abil, dia seorang yang paranoid terutamanya ketika berseorangan di rumah.
“Saya tahu semua orang risau dan tertanya-tanya apa yang terjadi dekat saya. Secara jujurnya, tidak ada apa-apa yang berlaku kepada saya.
“Saya dalam keadaan sihat. Saya memang takut duduk rumah sorang-sorang.
“Buat lagi bertambah paranoid tahap maksimum tu saya macam nampak kelibat orang dekat balkoni.
“Saya tak tahu itu orang ke apa tapi dia pakai masks (topeng muka). Tak ada pencuri atau orang cuba nak bunuh atau pun perompak. Itu sahaja.
“Korang kena fahan saya ni pelakon. Saya punya paranoid mesti besar dari tanggapan korang.
“Contohnya lvk4 dekat tangan tu sikit ja tapi saya menjerit macam kepala saya dah nak kena kerat,” katanya menerusi Instagram Stories.
Sementara itu, pelakon utama drama Kamar Kamariah ini mempersoalkan siapa individu yang memakai masks yang dilihat pada malam itu.
“Untuk semua kawan saya, saya baik saja. Yang jadi persoalan siapa orang atau manusia yang saya nampak pakai masks,” katanya lagi.
Rumah Diceroboh Pencvri, Nabila Huda Nangis Teresak-Esak – “Saya Takut Giler …”
Aktres Nabila Huda, 36, tidak dapat mengawal perasaan takut selepas rumahnya didatangi seorang individu yang mencur1igakan.
Menurut Nabila atau lebih mesra disapa Abil, ketika kejadian berlaku dia keseorangan tanpa suami, Mohd Izwan Johar dan anak perempuannya, Keisha Laila.
“Korang! Weh serius la weh. Saya tak tahu. Saya macam nampak orang kat balkoni. Saya tutup lampu lepastu saya dengar sesuatu.
“Dah la suami saya tak ada, Keisha tak ada. Saya nampak macam ada..
“Weh tak kelakar! Macam mana ni weh? Pintu kunci tak?” kongsinya menerusi Instagram Stories sebentar tadi.
Tambah pelakon drama Kamar Kamariah, dia merasakan bayangan yang dilihat itu adalah pencvri.
“Macam nampak tadi ada bayang hitam kat luar. Macam besar. Dia pakai baju warna hitam. Saya tak tahu hanya nampak bayang.
“Takkan pencvri? Saya rasa pencvri. Weh macam mana ni weh?
“Weh saya takut gi1la. Saya takut,” katanya sambil nangis teresak-esak.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak