Program bual bicara Next To Neelofa yang bersiaran malam tadi ternyata membuatkan ramai tersentuh apabila penyanyi kesayangan ramai Datuk Seri Siti Nurhaliza berk0ngsi mengenai cabarannya mendapatkan zvriat.
Setelah hampir 12 tahun berkahwin, Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa Tokti akhirnya dikurniakan cahaya mata diberi nama Siti Aafiyah.
Namun, kesed1han itu tidak terhenti di program Next To Neelofa kerana pekerjanya, Siti Fairuz juga turut berkongsi kenangan dengan Tokti.
Perkara tersebut dikongsi Siti Fairuz menerusi satu posting di Twitter.
“Bila menonton #NextToNeelofa ni, teringat moment masa drive dengan Kak Iti dari airport.
“CF (Siti Fairuz) jam 12.45, Kak Iti kena masukkan ubat ya. Haa apa lagi tepat pada jam tersebut, CF terus cari port untuk park tepi jalan untuk memudahkan Kak Iti memasukkan ubat ‘injection’.
“Masa tu rasa seb4k sangat sebab saya melihat sendiri betapa berusahanya dia untuk mendapatkan zuriat
“Insya-Allah semoga selepas ini rezeki CF pula untuk mendapatkan cahaya mata.
“Amin. Thanks Kak Iti kerana banyak mengajar erti bersyukur dan tidak berputus asa,” katanya.
Perkongsian tersebut telah mengundang rasa seb4k netiizen yang rata-ratanya kagum dengan kesabaran penyanyi kesayangan ramai itu.
Tidak kurang juga yang mendoakan agar Siti Fairuz juga mendapatkan cahaya mata.
Untuk rekod, Tokti sebelum ini pernah mengalami keguguran pada November 2015.
Dia kemudian berkongsi berita keh4milan pada 2017 sebelum selamat melahirkan Aafiyah pada 2018.
Selain itu, Februari lalu, Siti dikatakan menjalani pembedahan kecil di sebuah pusat perubatan swasta untuk persediaan h4mil.
Bila menonton #NextToNeelofa ni, teringat moment masa drive dengan kakiti dari airport. Kakiti: “CF , jam 12.45, kakiti kene masukkan ubat ya” Haa apa lagi tepat pada jam tersebut, CF terus cari port untuk park tepi jalan untuk memudahkan kakiti memasukkan ubat “injection” tu.
— Siti Fairuz Ibrahim (@CteaFairuz) August 13, 2020
Prosedur itu dilakukan kerana Siti menggunakan kaedah rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) seperti yang dilakukannya tiga tahun lalu untuk meng4ndungkan Siti Aafiyah.
Pada masa sama, jangan lupa saksikan Next To Neelofa setiap hari Khamis, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria HD (saluran 104) dan Astro Ria (saluran 124).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, program bual bicara ini turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak via LepatPisang