Terbongkar Kegiatan Sebenar 4 Anggota. Datuk Bandar MBSA Mula Bersuara Dan Ini Kata-Kata Kpd Asri

Penangan video Asri Janggut, seorang lagi anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ditahan kerana disy4ki menerima rasvah.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan svspek ditahan setakat ini adalah ser4mai empat orang.

Difahamkan mereka mendapat habuan bagi melindungi premis perniagaan yang menjalankan kegiatan perniagaan tanpa lesen di Sungai Buloh, dekat Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, MBSA menasihatkan peniaga khususnya di Bandar Baru Sungai Buloh supaya mematuhi arahan dikeluarkan sehingga isu berniaga tanpa lesen diselesaikan.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Haris Kasim berkata, pihaknya sedang mengenal pasti tapak sesuai untuk mereka berniaga.

Katanya, sebelum ini sudah ada tapak yang disediakan, namun ada peniaga yang enggan berpindah ke lokasi berkenaan.

Kata-kata buat Asri Janggut

” Saya mengikuti isu ini secara dekat dan perlu mendapatkan laporan terperinci daripada pegawai penguat kuasa MBSA.

” Kita juga ucapkan terima kasih kepada Mohd Asri (Mohd Asri Hamid) atas aduan dibuat.

” Tindakan akan diambil seperti mana rutin yang dijalankan sebelum ini.

” Saya juga berharap isu ini tidak berpanjangan kerana kita ada banyak lagi kerja untuk diselesaikan.

” Kita hadapi kesukaran, tetapi menjadi tanggungjawab kita untuk terus memastikan peraturan ditegakkan,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau mengulas kontroversi membabitkan pentadbir akaun Facebook Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, 42, atau Asri Janggut yang turut mendakwa premis perniagaan diusahakan warga Aceh ‘kebal’ kerana tidak dikenakan tindakan atas kesalahan menjual rokok seludup.

Dua versi video berdurasi 13 minit 28 saat dan lapan minit 29 saat yang dibuat secara langsung mendapat perhatian Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin yang turun melawat lokasi berkenaan semalam.

Haris berkata, tindakan menyita barangan perniagaan peniaga burger di situ dilakukan selepas teguran dan nasihat tidak diendahkan sebelum ini.

” Ia mengikut Undang-Undang Kecil Penjaja MBSA 2007 Peruntukan 19 (men1ngg4lkan Barang Perniagaan Di Tempat Awam) & Peruntukkan 3 (Menjaja Tanpa Lesen) serta Peruntukkan 42 (Kuasa Sitaan).

” Mereka yang barangan disita, boleh berhubung dengan pegawai MBSA dan selepas menjelaskan kompaun, barangan terbabit boleh diambil semula,” katanya.

Katanya, beliau mengalu-alvk4n kerjasama orang ramai untuk tampil membantu MBSA bagi memastikan aktiviti perniagaan dijalankan seperti sepatutnya dan tiada pelanggaran undang-undang.

” Kita juga minta supaya orang ramai khususnya netizen supaya tidak membuat tuduhan melulu kepada penguat kuasa yang menjalankan tugas mengikut peraturan sedia ada dan bukannya suka-suka.

” Sudah tentu akan ada tindakan kepada pegawai penguat kuasa MBSA jika mereka didapati menyalahgunakan kuasa ketika bekerja.

” MBSA juga bersedia membantu pihak p0lis menjalankan siasatan atas dakwaan ada aktiviti perjvdian membabitkan premis,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : http://limauais.pw/ via AppleHijau