“Harap Bakal Suami Mira Filzah Izin…” Ben Amir

SELEPAS kejayaan drama Sweet Dreams, pelakon Ben Amir mengakui popularitinya sedikit menurun berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan di Malaysia.

Menurut Ben, sebagai anak seni dia menyedari akan ada turun naik dan kini sedang mempersiapkan diri untuk kembali aktif dalam bidang lakonan.

“Alhamdulillah selepas kejayaan tahun lepas… graf naik tapi sebab PKP, jatuh sikit. Tapi tak apa sebab sebagai pelakon ada turun naik… namun apabila dah jatuh kena naik balik.

“Sekarang ni masa untuk pemulihan selepas enam bulan tak berlakon, ” katanya ketika ditemui semasa majlis tayangan perdana filem Aku, Bunga.

Sementara itu, Ben turut gembira apabila mengetahui pelakon gandingannya dalam drama Sweet Dreams iaitu Mira Filzah akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

“Saya seronok dia nak kahwin, harap lepas ni dapat berlakon lagi dan suami izinkan… saya selesa berlakon dengan dia.

“Tentang jodoh? Saya lambat lagi… dalam dua, tiga tahun lagi. Bagi betul-betul stabil, calon pun tak ada. Tengah kenal-kenal, ” ujarnya.

VIDEO :

Mira Filzah, Ben Amir nampak serasi bersama! Ini 10 perkara yang ramai tak tahu tentang hero ‘Sweet Dreams’

DRAMA Sweet Dreams telah melonjakkan nama pelakon Ben Amir sehingga menjadi trending di laman sosial dan menarik perhatian ramai peminat drama Melayu.

Sebenarnya Ben Amir bukanlah nama baharu dalam industri, dia telah memulakan karier sejak tahun 2013 namun kehadirannya tidak begitu disedari sehinggalah drama arahan Michael Ang itu menjadi sebutan ramai.

Mungkin ada yang masih belum kenal siapa itu Ben Amir… jadi mStar senaraikan 10 info menarik mengenai pelakon berusia 29 tahun ini!

1. Nama sebenar Ben Amir ialah Muhammad Amir Sabaruddin, berasal dari Kuala Lumpur dan dilahirkan pada 13 Mei 1990. Dia merupakan anak keempat daripada lima beradik.

2. Ben merupakan bekas pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka dalam jurusan Diploma Pengajian Perniagaan. Dia memulakan langkah dalam industri hiburan apabila menyertai Hero Remaja 2011/2012 bersama-sama dengan Fattah Amin, Syafiq Kyle, Hafidz Roshdi, Nazrief Nazri, Hafreez Adam, Fendy Bakry dan Saharul Ridzwan.

3. Selepas tamat program Hero Remaja, Ben ditawarkan berlakon dalam drama Fira Ayuni, kemudiannya dia ditawarkan berlakon bersama rakan seperjuangannya iaitu Fattah Amin dalam drama adaptasi novel Playboy Itu Suami Aku.

 

4. Filem pertama lakonan Ben berjudul Romeo Kota arahan Datuk Aaron Aziz ditayangkan pada tahun 2015. Selain itu, Ben juga pernah menjadi pelakon iklan dan model untuk beberapa produk.

5. Ben Amir bersedia jika perlu menayangkan tubuh badan dalam mana-mana karya filem, bagaimanapun ia memerlvk4n kesesuaian watak dan alasan munasabah sebelum berbuat demikian.

6. Pada Mei 2018, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Ben Amir mendapat perhatian masyarakat apabila wajahnya dikatakan seiras dengan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Kata Ben, ramai yang menghantar mesej dan menegurnya secara peribadi memaklumkan wajah mereka hampir serupa.

7. Ben pernah digosipkan dengan pelakon Uqasha Senrose dan dikatakan sedang bahagia menjalinkan hubungan cinta. Bagaimanapun, Ben menafikan wujudnya ikatan cinta antara mereka dan menganggap apa yang diperkatakan oleh netizen itu hanya sekadar gosip semata-mata.

8. Bukan hanya seiras Syed Saddiq, netizen mula mengaitkan wajahnya dengan pelakon Lisa Surihani pula! Menjawab komen pengikut di Instagram, Lisa dalam nada gurauan mengakui Ben Amir itu adalah adiknya.

9. Walaupun drama Sweet Dreams baru sahaja bersiaran, penampilan Ben Amir sudah mula menarik perhatian penonton apabila gaya rambutnya mula menjadi ikutan ramai sehinggakan Datin Seri Tiara Jacquelina turut memuji penampilan Ben dan menyatakan imej berambut panjang cukup sesuai dengannya.

10. Heroin Sweet Dreams iaitu Mira Filzah mengakui Ben Amir merupakan seorang lelaki yang sangat pemalu sehinggakan dia sendiri perlu memulakan perbualan bagi mewujudkan keserasian dalam drama itu.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : mStar via AppleHijau