“Selalu Berg4duh, Tapi Jodoh Kita Selalu Panjang” – Aliff Syukri Sambut Anniversary Ke-13, Ini Coretan Bini..

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Shukri menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke-13 hari ini.

Sempena hari yang cukup istimewa itu, isterinya, Datin Seri Shahida melayangkan satu dedikasi khas kepadanya di Instagram miliknya.

> “@aliffsyukriterlajaklaris 13 tahun kita bersama menempuh suka duka, pahit manis, walaupun kita memang selalu bergaduh tapi jodoh kita selalu panjang.

“Semoga keluarga yang kita bina ini berkekalan selamanya, kita menjadi hamba yang taat pada Allah, menjadi contoh yang baik buat anak-anak kita,” coretnya.

Dalam entri tersebut, Shahida turut memuat naik sebuah video yang memaparkan kenangan mereka hidup bersama sejak diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri pada 2007.

Kata Shahida lagi, dalam tempoh itu juga, banyak pengorbanan yang sudah dilakukan mereka bersama-sama demi mengubah nasib hidup.

“Selama kita kahwin kita penat cari duit untuk nak mengubah hidup.

“Kita dah ada apa yg kita mahu tinggal bersyukur sahaja. Andai kata apa yg Allah pinjam ini suatu hari tiada lagi, kita bersyukurlah sebab kita pernah merasa nikmat senang setelah penat kita berusaha.

“Apa yang penting, kita dan anak-anak kekal bahagia selamanya, love you,” luahnya.

Sebelum ini, kisah rumah tangga mereka pernah mencvri tumpuan apabila dikatakan berantakan.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 10 Ogos 2007.

Hasil perkahwinan, pasangan tersebut dikurniakan lima orang anak, iaitu, Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawy dan Raudhah Arshiyah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

kemain kad nikah pun x tukar2 lagi…lama dah ni…kalau g tukar lama x ya ? 13 tahun …ni @aliffsyukriterlajaklaris punya kalau saya punya dah hilang ntah kemana2

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak