Harga Puluhan Ribu Dipertikai

PENGHIBUR terkenal negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 41, dengan aktiviti sukan berbasikal bukanlah perkara baharu. Sejak beberapa tahun lalu, Siti sudah mula aktif.

Namun, pada tahun lalu pembabitan penyanyi lagu Cindai dan Nirmala ini makin mendapat perhatian apabila beliau didapati sering menyertai pertandingan dan program berkaitan acara berbasikal.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdullillah.. Anniversary Ride bersama #ctdkcyclingteam ke Fraser’s Hill .. 👍

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Bahkan, apa yang pernah menjadi tumpuan warganet di media sosial ialah harga basikal milik Siti yang didakwa berjumlah puluhan ribu ringgit dan turut disamakan dengan harga sebuah kereta.

Mengulas aktiviti sukan diceburi itu bertaraf mewah, Siti berkata sebenarnya tidak perlu membeli basikal yang berharga mahal pada awal pembabitan. Katanya, beliau pun bermula dengan basikal yang ‘basic’.

“Saya pun ada basikal ‘basic’ di rumah. Cuma, apabila semakin mahir dan seronok menunggang maka teringin pula nak beli yang baharu. Apatah lagi, saya pula suka menyertai acara berbasikal.

“Rasa seronok dibuatnya apabila dapat mencabar diri menunggang basikal mendaki bukit. Malah, ditemani pula suami dan anggota keluarga lain,” katanya.

Menurut Siti, jika betul-betul meminati aktiviti berbasikal tak perlu mengikut cara orang lain terutama harus memiliki basikal mahal.

“Paling utama untuk aktiviti berbasikal ini, kena pastikan stamina fizikal mesti kuat. Begitu juga dengan ment4l. Tak guna basikal dah mahal, tapi stamina kaki mengayuh masih kurang.

“Tidak terkecuali, kita harus betul-betul minat nak berbasikal dan bukan terikut-ikut orang lain. Barulah diri gembira dan seronok melakukannya,” ujarnya.

Siti berkata beliau bertuah kerana suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa juga sangat meminati aktiviti berbasikal itu dan mereka saling menyokong.

Ujarnya, suami juga banyak membantunya menimba ilmu dan berkongsi pelbagai maklumat terkini yang menarik mengenai basikal.

Justeru, sempena sambutan ulang tahun perkahwinan yang ke-14 Siti dan suami pada 12 Ogos ini yang diraikan mereka agak awal, diadakan acara CTDK Fraser Hill Ride, semalam.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#ctdkcyclingteam padu!!

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Mengakui apa yang sangat membahagia

kannya adalah mempunyai banyak masa bersama suami di sisi, Siti berkata acara berbasikal itu turut disertai pasukan Kelab Berbasikal CTDK.

Menurut Siti lagi, hingga kini kelab berkenaan sudah mempunyai lebih 30 ahli pada kalangan peminatnya dan mereka yang menggemari aktiviti sukan berbasikal.

Sehubungan itu, Siti dan suami bertemu jodoh pada 2006 dan selepas 11 tahun hidup bersama mereka dikurniakan cahaya mata pertama, Siti Aafiyah, kini berusia dua tahun.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : HM