Haze Beri Pendapat Tentang Isu ‘Vir4l’ Gaji 1.5k Tapi Buat Kerja Seperti Gaji 5k. Preach!

Kita sering mendengar keluhan rakyat yang sukar mendapatkan pekerjaan. Kadang-kadang kerja dah elok tapi gaji pula tidak setimpal

Dengan keadaan ekonomi sekarang serta kos sara hidup yang makin meningkat, bukan mudah untuk seseorang bertahan dalam meneruskan kehidupan. Ditambah pula dengan komitmen-komitmen lain, sebab itu ramai yang makan mi segera apabila tibanya hujung bulan.

Selain itu, turut kedengaran juga graduan-graduan yang masih menganggur kerana sukar mendapatkan pekerjaan setaraf dengan pendidikan mereka. Sudahnya, mereka terpaksa ‘tangkap muat’ bekerja apa jenis pekerjaan demi sesuap nasi.

Baru-baru ini, kecoh di laman Twitter di mana terdapat satu kata-kata nasihat yang mengajak netizen bersyukur dengan gaji yang ada walaupun tidak setimpal

Ia kemudiannya mendapat perhatian pengacara, Hazeman Huzir
di laman Twitter miliknya mengatakan dia tidak bersetuju dengan perkara itu

“Yang, kalau gaji RM1.5k tapi buat kerja RM5k, itu maknanya kamu tu dibayar kurang. Bersyukur itu satu perkara tapi kenalah masuk akal juga. 

“Tolong jangan baik sangat, kalau kau m4ti, syarikat boleh gantikan kau macam itu je. Semua orang boleh diganti,” tulisnya. 

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian Haze itu sudah mendapat 19.5k ulang kicau dan 12.2k tanda suka. 

Susulan itu, ramai yang dilihat bersetuju dengan kenyataan Haze dan turut memberikan pandangan mereka

Bagaimanapun, ada juga yang tidak bersetuju dengan pandangan pengacara tersebut

Kalau gaji 1.5k Niat kerana Allahinsha’Allah Hanya Dia sahaja yang boleh memberi kecukupan kepada kita selagi kita bersyukurJangan kerja mcm gaji 5k sumpah tu tak bijak. Kecuali kau kerja sendiri.Faham²? https://t.co/wBQgaSFFZO

— Miss_Diva (@NurAdiebaBariah) November 28, 2019

Maksud die bile keje macam gaji rm5000 tu adalah masuk keje punctual balik keje pun punctual. Keje tiptop, target dateline sokmo. Bukan nye macam ulor sawe masuk keje 10.30 balik 4 suku. Pukul 12 keluor rehat doh. Keje nati org suruh baru nk buat. Tu pun nk kena kabo ke. https://t.co/Whbq2tY6YQ

— Cristiangol Penaldo (@empayararehhh) November 28, 2019

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : says seismik