Cov1d-19: Malaysia kembali catat angka terendah, hanya satu k3s

KUALA LUMPUR – c0v1d-19 kembali mencatat angka terendah apabila hanya satu k3s baharu dilaporkan hari ini, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Kali terakhir negara mencatat angka berkenaan adalah pada 1 Julai lepas.

Dr Noor Hisham berkata, dengan perkembangan itu jumlah kumulatif k3s positif di Malaysia adalah 9,002 k3s dan jumlah k3s aktif dengan kebolehj4ngk1tan adalah sebanyak 193 k3s.

“Ingin dimaklumkan bahawa satu k3s baharu yang dilaporkan hari ini adalah kes penul4ran di dalam negara yang melibatkan warganegara Malaysia iaitu kes saringan Severe Acute Respiratory Infection (SARI) yang dirawat di h0sp1tal Tuanku Fauziah, Perlis.

“Tiada k3s import yang mendapat j4ngk1tan dari luar negara yang dilaporkan pada hari ini. Adalah dimaklumkan bahawa tiada k3s positif yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada pertambahan k3s kem4tian dilaporkan pada hari ini,” katanya dalam kenyataan berhubung perkembangan c0v1d-19 di sini hari ini.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, terdapat 16 k3s yang telah pulih pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif k3s yang telah pulih sepenuhnya dari c0v1d-19 adalah sebanyak 8,684 k3s atau 96.5 peratus daripada jumlah keseluruhan k3s.

Dr Noor Hisham seterusnya menzahirkan penghargaan kepada seluruh pihak atas kerjasama memastikan penurunan k3s harian kembali kepada satu k3s hari ini sambil menyeru masyarakat terus mengamalkan normal baharu dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“…ini sememangnya adalah hasil usaha dan kerjasama setiap peringkat dan lapisan masyarakat serta agensi terbabit dalam memainkan peranan masing-masing.

“Setiap lapisan dan kumpulan masyarakat diseru agar dapat meneruskan usaha menurunkan k3s c0v1d-19 di negara kita dengan mengamalkan penjarakan fizikal yang selamat iaitu sekurang-kurangnya 1 meter di antara satu sama lain, menjaga kebersihan diri terutamanya kebersihan tangan, mengelakkan kawasan yang sempit dan ses3k serta mengelakkan bertutur dengan jarak yang dekat,” katanya.

Beliau juga mengingatkan penul4ran semula j4ngk1tan c0v1d-19 di Malaysia boleh berlaku sekiranya masyarakat leka dan mengambil mudah saranan, arahan serta amaran kerajaan.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan, berita tular mengenai arahan kepada ibu bapa dan pelajar yang bercuti di daerah Kubang Pasu, Kedah perlu menjalani saringan c0v1d-19 di klinik kesihatan berdekatan adalah palsu.

Jelasnya, KKM tidak mengeluarkan sebarang arahan rasmi seperti yang tular sebaliknya menjelaskan individu yang perlu menjalani saringan adalah mereka yang mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif atau individu yang mempunyai gejala dem4m atau gejala saluran pernafasan.

Ini termasuk penduduk yang berada di kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran, dalam radius satu kilometer daripada Restoran Nasi Kandar Salleh, Pekan Napoh (Mukim Hosba, Kubang Pasu); Kampung Pida Satu, Megat Dewa (Mukim Ah, Kubang Pasu): Kampung Bendang Dalam (Mukim Binjal, Kubang Pasu); dan Kampung Ulu Padang Sanai (Padang Terap).

Selain itu, individu berkait rapat dengan kedai makan yang terbabit dalam Kluster PUI Sivagangga, sebagai contoh pelanggan atau berurusan dengan k3s indeks kluster ini atau dengan pekerja kedai makan itu dari 13 Julai sehingga 27 Julai perlu segera menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan untuk menjalani saringan c0v1d-19.

“KKM akan terus bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dalam menangani isu ini bagi memastikan arahan yang dikeluarkan adalah selari dan sahih,” katanya.- Bernama

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sinar