7,000 penduduk kena PKPD TEMCO angk4ra kluster restoran nasi kandar

KUALA LUMPUR: Angk4ra seorang individu ingk4r kuarantin di rumah, kira-kira 7,000 penduduk meliputi empat mukim di Kedah, dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) mulai hari ini hingga 30 Ogos.

TEMCO dilaksanakan bagi membolehkan pasukan petugas perubatan meny4ring semua penduduk terbabit daripada j4ngk1tan c0v1d-19 dalam penul4ran p4ndemik dikenali sebagai Kluster Sivagangga yang setakat ini sudah menj4ngk1ti 11 m4ngs4.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pelaksanaan PKPD TEMCO itu akan mengguna pakai prosedur operasi standard (SOP) sedia ada dengan tambahan sekatan jalan raya di setiap laluan keluar masuk dan penutupan beberapa jalan utama.

“Mengambil kira 11 kes baharu yang berpunca daripada Kluster Sivagangga di Kedah yang membabitkan empat mukim, Kerajaan Negeri Kedah memohon untuk melaksanakan PKPD TEMCO.

“Pertama, satu kilometer daripada Restoran Nasi Kandar Salleh, Pekan Napoh (Mukim Hosba, Kubang Pasu), Kampung Pida Satu, Megat Dewa (Mukim Ah, Kubang Pasu), Kampung Bendang Dalam (Mukim Binjal, Kubang Pasu) dan Kampung Ulu, Padang Sanai (Padang Terap).

“ser4mai 7,000 penduduk di kawasan berkenaan akan disaring secara swab test (ujian calitan),” katanya.

Ismail Sabri berkata, selain sekolah dan tadika, masjid dan rumah ibadat dalam kawasan berkenaan akan turut ditutup sepanjang tempoh pelaksanaan PKPD TEMCO.

Bagaimanapun, bagi solat Jumaat, cuma tiga orang jemaah dibenarkan bagi melaksanakan ibadah berkenaan.

Beliau berkata demikian pada sidang media Mengenai Pelaksanaan PKPP di Parlimen, hari ini.

Ismail Sabri berharap apa yang berlaku di Kedah tidak akan berlaku di kawasan lain, terutama jika semua pihak bertanggungjawab dalam pematuhan SOP dikeluarkan KKM.

“Kebebasan bergerak kita mungkin boleh disekat apabila kes meningkat dengan mendadak dan perkara sama boleh berlaku di tempat lain,” katanya.

Semalam, lima sekolah di daerah Kubang Pasu dan Padang Terap yang dikaitkan dengan Kluster Sivagangga diarah tutup serta-merta sehingga 29 Ogos ini.

Kerajaan negeri dalam kenyataan lewat malam tadi menyebut, sekolah itu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hosba, SMK Megat Dewa, Sekolah Kebangsaan (SK) Hosba dan SK Megat Dewa di Kubang Pasu manakala di Padang Terap ialah SK Kubang Palas.

“Kesemua sekolah ini ditutup selama 28 hari yang membabitkan 14 hari tempoh kuarantin dan 14 hari tempoh pemerhatian,” menurut kerajaan negeri itu.

Perkara itu diputuskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam mesyuarat bersama Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor semalam, selaras dengan pelaksanaan PKPD TEMCO di empat mukim di negeri itu.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH