“Saya akan menyahut cabaran watak yang menguji diri,..”- Zara Zya Mula Bersuara inginkan watak ‘Psik0’

KUALA LUMPUR: Watak ‘split personality’ sering menjadi dambaan setiap aktres bagi menguji kehebatan lakonan. Tidak terkecuali, aktres, Zara Zya.

Zara teruja apabila menonton filem yang banyak bermain dengan em0si dan jiwa. Pemenang Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada 2013 ini seolah-olah berasakan karakter berkenaan meresap dalam jiwanya.

Akhirnya, penantian Zara atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin bernoktah apabila ditawarkan watak Balqis menerusi telefilem yang belum diletakkan judul untuk siaran Astro.

Telefilem arahan Jamal Khan itu masih dalam penggambaran sekitar Janda Baik, Pahang. Zara turut berkongsi gambar dan pengalaman menjalani penggambaran di laman Instagram (IG).

“Watak Balqis sudah lama saya idamkan. Saya selalu terdetik dalam hati mahukan karakter mencabar apabila menonton filem bergenre seperti ini menerusi karya Hollywood.

“Balqis digambarkan berdepan g4ngguan Dissociative Identity Disorder (DID) atau Kecelaruan Jati Diri. Karakter ini ada banyak personaliti.

“Dia dikvrung selama sembilan tahun termasuk dider4 dan dir0gol hingga menjejaskan em0si serta ment4lnya. Identiti diri bertukar dan mula menjadi ‘ps1ko,” katanya kepada BH Online.

Zara berkata, dia terbuka untuk mencabar diri melakonkan watak yang di luar kotak fikiran.

“Saya terbuka bersaing dengan pelakon baharu. Alhamdulillah, hingga kini, saya masih relevan.

“Saya mempertaruhkan bakat dan disiplin, malah saya tak mahu berada pada takuk lama. Saya akan menyahut cabaran watak yang menguji diri,” katanya yang akan menjalani penggambaran drama, Ogos depan.

Menerusi telefilem berkenaan juga, Zara kembali berlakon dengan aktor serba boleh, Hasnul Rahmat.

“Kali pertama bergandingan dengan Hasnul menerusi drama Korban Kasih, kini kami digandingkan kembali,” katanya yang kini mengusahakan restoran Zara Zya Cooks di Shah Alam.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH