Pakcik persis Chef Wan ‘Power’ menari Tiktok..

Tiktok merupakan aplikasi popular pada tahun ini tambahan pula disebabkan c0v1d-19, hampir setiap orang mempunyai masa yang terluang untuk membuat video. Disebabkan itu, terdapat banyak rakaman yang dihasilkan bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan.

Tidak terkecuali dengan seorang lelaki ini yang berumur sekitar 50-an dimana dia turut mengambil peluang untuk menunjukkan bakatnya dalam bidang tarian.

Siapa sangka, lelaki yang berusia seperti ini mampu membuat tarian dengan sangat baik sehingga mendapat perhatian warga netizen terutamanya golongan muda.

Meskipun tarian yang berlatarbelakangkan lori itu hanya berdurasi 14 saat, namun ternyata setiap pergerakannya sangat tepat dan mengikut rentak lagu Tiktok berkenaan.

Apa yang lebih melucukan apabila terdapat segelintir warga netizen yang menyangka lelaki ini adalah Chef Wan, tukang masak popular di Malaysia.

Menurut posting @hazimmhalimm itu dia berkata “Smooth teruk pakcik ni menari. Cute je”. Rata-rata netizen sangat suka dengan video Tiktok tersebut sehingga menjadi ikutan ramai.

Tweet berkenaan telah mendapat sebanyak 184.7 ribu penonton, 10.8 ribu tanda suka dan 7.6 ribu komen netizen yang ternyata memuji tarian lelaki terbabit.

Dia dah tak masak-masak ke?”

“Wehhh pakcik ni lagi hebat menari daripada kita…”

“Steady chef wan”.

“Tarian paling best setakat ni”

“Pro lagi pakcik ni”

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : HCL