“Makanan Tinggal Di Tempat Kasut..” – Bekas Isteri Imam Muda Syed Mohd Faris

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai finalis Imam Muda Syed Mohd Faris yang dihimpit kontr0versi rumah tangga apabila mencer4ikan isterinya, Nur Hidayu Rosli selepas berkahwin dengan wanita lain.

Hidayu mendedahkan dia dan Syed Faris sudah pun bercer4i talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 28 Mei lalu dua hari selepas menyambut ulang tahun ke-13 perkahwinan mereka.

Menerusi satu laporan, Hidayu berkata sebelum itu dia sedar perubahan mendadak suaminya apabila kerap pulang lewat dan adakalanya tidak pulang langsung ke rumah.

Malah, suaminya juga tidak lagi memberi wang nafkah dan jika diberikan hanya mengikut sesuka hatinya. Lebih menyedihkan, ketika PKP dia dan anak beranak hampir terputus bekalan makanan namun bekas suaminya itu tidak pulang ke rumah.

Katanya lagi, adakalanya Imam Muda tersebut hanya men1ngg4lkan makanan untuk anak-anak di luar rumah dan tidak masuk untuk menjenguk isteri dan anak-anaknya.

“Masa PKP memang dia tak balik rumah, kalau dia balik pun suka hati dia nak balik. Hantar makanan pun kadang-kadang dia hantar dekat saya, dia letak dekat dalam kotak kasut dekat luar.

“Jiran rumah saya nampak, dia cakap dekat saya suami hantar makanan. Saya bawa masuk dalam anak saya makan, menangis saya tengok. Dia ada kunci rumah, dia boleh masuk dan hantar.

“Tapi kenapa sampai tak boleh nak tengok. Tak boleh nak tengok dah ke muka kami?,” katanya.

Hidayu berkata lagi, ketika bulan puasa pun bekas suaminya itu pulang ke rumah sesuka hati. Ujarnya, dan Syed Faris mengatakan kepada isteri barunya itu boleh melayannya dengan lebih baik lagi.

“Bulan puasa pun sama, balik ikut suka dia. Dia kata perempuan tu boleh layan dia macam raja. Ya Allah, sed1hnya saya masa tu, 13 tahun saya kahwin. Bila suami kita cakap macam tu kita rasa macam dah tak ada apa dah untuk kita,” katanya.

Sebelum ini, Hidayu mendedahkan Syed Faris memberitahu sudah berkahwin dengan wanita itu pada hujung Januari lalu ketika dia baru melahirkan anak kelima mereka.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Rotikaya via TerengganuTv