Ingin Tamatkan Zaman Bujang. Azrel Ismail Dedah Ciri-ciri Pilihan Hati

Pelakon Azrel Ismail, 36, meletakkan sas4ran untuk menamatkan zaman bujang dalam satu atau dua tahun lagi.

Kata Azrel, dia lebih memilih wanita bukan dalam kalangan industri seni sebagai isteri memandangkan hubungan sebelum ini terputus di tengah jalan.

“Insya-Allah, dalam setahun atau dua tahun lagi saya akan menamatkan zaman bujang. 

“Saya sebelum ini pernah bercinta dengan orang dalam industri. Jadi, saya dapat lihat sesuatu yang tidak bagus dalam hubungan itu.

“Jadi, kalau diizinkan untuk bercinta selepas ini, saya selesa untuk memilih wanita yang bukan orang dalam industri. Jangan risau, saya kahwin nanti mesti jemput,” katanya kepada Gempak.

Azrel ditemui ketika majlis pelancaran stesen TV baru, Awesome TV yang diadakan di Ritz-Carlton, Kuala Lumpur semalam.

Dalam pada itu, pelakon drama Puteri Yang Ditukar menginginkan seorang wanita yang memahami dengan kerjayanya sebagai anak seni.

“Kriteria paling penting adalah, dia perlu memahami kerja saya sebagai pelakon. Dia kena tahu bagaimana saya bekerja dan apa yang saya buat sekarang.

“Banyak lagi benda yang belum dicapai. Sebagai lelaki, penting untuk saya kerja sekuat mungkin,” katanya lagi.

Terdahulu, Azrel pernah dikaitkan bercinta dengan pelakon baru, Sharifah Husna namun dinafikan

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Gempak