Aishwarya Rai, anak perempuan juga positif COV1D-19

NEW DEHLI : Pelakon popular Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan dan anak perempuannya disahkan positif c0v1d-19, hari ini.

Bekas ratu cantik dunia itu disahkan positif sehari selepas bapa mertuanya, megastar veteran Bollywood, Amitabh Bachchan, 77, serta suami Aishwarya, Abhishek Bachchan,44, dimasukkan di h0sp1tal Super Speciality Nanavati, Mumbai selepas ujian pengesahan c0v1d-19 mendapati dua beranak itu positif j4ngk1tan itu.

Menteri Kesihatan Maharastra, Rajesh Tope dalam cipaan di Twitternya pada Ahad memaklumkan yang Aishwarya dan anak perempuannya yang berusia lapan tahun disahkan positif.

Reuters pula melaporkan, setakat ini belum ada sebarang maklumat yang menyatakan mereka dimasukkan di h0sp1tal atau sebaliknya.

Terdahulu, kenyataan rasmi daripada Kementerian Kesihatan memberitahu, Amitabh dan Abhishek berada dalam keadaan stabil.

Legenda perfileman Hindu, Amitabh dalam ciapannya di Twitter pada Sabtu memaklumkan dia dan anak lelakinya, Abhishek disahkan v1rus itu.

Dalam hantaran itu, beliau juga meminta mereka yang mempunyai kontak rapat dengannya membuat ujian saringan.

BACA: Amitabh Bachchan, anaknya Abishek positif c0v1d-19

Beberapa minit kemudian, Abhishek juga dilihat berkongsi hantaran yang sama.

Laman sosial Amitabh dan Abhishek dibanjiri dengan ucapan oleh selebriti dan ahli politik India supaya mereka cepat sembuh.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Awani