“Berubah & Jadi Lebih Matang Demi Anak-Anak” – Aliff Syukri

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, 33, menyatakan fokus utama sekarang adalah untuk meluangkan masa bersama keluarga.

Menurut Aliff, dia berasa tenang apabila dapat berehat tanpa memikirkan soal perniagaan yang diusahakannya sekian lama.

“Sungguh tenang rasanya apabila berseronok bersama dengan keluarga.

“Ramai orang kata kenapa Datuk tidak buat video yang pelik pelik. Bukan apa, saya rasa saya dah nak berehat dan nak fokuskan kepada keluarga . Maklumlah saya dah tua.

“Ini masanya saya memberikan tumpuan lebih kepada keluarga saya dan juga bidang resort @sugarhillresortjandabaik @sugeh.resort.

“Kalau boleh hari-hari nak macam ni sebabnya dah malas nak berfikir soal bisnes,” tulisnya di Instagram (IG).

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sungguh tenang rasanya apabila berseronok bersama dengan keluarga… Ramai orang kata kenapa Dato tidak buat video yang pelik pelik. Bukan apa, saya rasa saya dah nak berehat dan nak fokuskan kepada keluarga. Maklumlah saya dah tua. . . Ini masanya saya memberikan tumpuan lebih kepada keluarga saya dan juga bidang resort @sugehhillresortjandabaik @sugeh.resort . Kalau boleh hari-hari nak macam ni sebabnya dah malas nak berfikir soal bisnes. .. Sudah 12 Tahun saya fokus kepada bisnes @dherbsholdingshq dan @as.legacymalaysia .. jarang ada masa untuk keluarga. Sekarang ni saya perlu berubah dan menjadi lebih matang khususnya kepada anak anak saya yang meningkat remaja. . . Saya takut nanti apabila mereka dah besar, saya akan terlepas peluang bersama dengan mereka. Doakan saya sekeluarga selamat dan juga gembira. Untuk melihat video yang lebih panjang lagi, korang boleh tengok di Youtube Tv Terlajak Laris… saya akan update.. Terima Kasih kerana sentiasa menyokong saya.

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Aliff turut memuat naik sebuah rakaman video ketika bercuti bersama keluarga di Pulau Lankayan, Sabah.

Dalam pada itu, pelantun lagu Abang Nak Tegur meluahkan hasratnya untuk berubah menjadi lebih matang demi anak-anak tercinta.

“Sudah 12 tahun saya fokus kepada bisnes @dherbsholdingshq dan @as.legacymalaysia. Jarang ada masa untuk keluarga. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Holiday bersama org yg menghargai dan menyanyangi kita.. walapun x mewah tpi kami happy❤️❤️❤️Saya bersyukur ke pda allah kerana diberikan rezeki untuk saya menikmati keindahan ciptaan nya..

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

“Sekarang ni saya perlu berubah dan menjadi lebih matang khususnya kepada anak anak saya yang meningkat remaja.

“Saya takut nanti apabila mereka dah besar, saya akan terlepas peluang bersama dengan mereka. Doakan saya sekeluarga selamat dan juga gembira,” tulisnya lagi.

 Terdahulu, Aliff menerusi satu entri di Instagram turut berkongsi luahannya apabila mengakui sudah penat berniaga selama 12 tahun.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

My first priority .. puas dah kerja now for u syg @shahidadherbs dan nak hidup biasa2 jerr❤️❤️ tudung wife saya dari @as.hijabofficial

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak