Walaupun Tew4s Dengan K4nser, Namun Guru Matematik Ini Masih Terus ‘Mengajar’ Di YouTube

Kem4ti4n itu adalah sesuatu yang pasti

Bahkan, hidup dan mati diciptakan sebagai ujian buat kita untuk melihat berapa banyak yang telah kita manfaatkan daripada hidup kita dan apa yang kita lakukan ketika kita diuji.

Lebih penting lagi, kita harus sedar bahawa jika bukan kerana m4ti, maka tiada maknanya kehidupan. Dan kerana kita akan m4ti, kita perlu memastikan bahawa hidup kita meninggalkan kesan yang bermanfaat.

Dan seharusnya menjadi keinginan semua untuk meninggalkan sesuatu legasi yang baik dan mulia dalam kehidupan ini. Bak kata pepatah melayu, “Harimau m4ti meninggalkan belang dan manusia m4ti meninggalkan nama.”

Seperti guru subjek Matematik Tambahan ini yang walaupun telah men1ngg4l dunia akibat b4rah p4yud4ra, namun masih lagi dikenang kerana legasi yang ditinggalkannya

Arw4h Cikgu Hayati Aini Ahmad yang lebih dikenali sebagai Cikgu Hayati itu dikatakan telah lama bert4rung mel4wan peny4kit yang dihadapinya itu. Walau bagaimanapun, sebelum pemerg1annya, Cikgu Hayati telah memuat naik lebih daripada 300 video tutorial berkenaan mata pelajaran Matematik Tambahan di laman YouTube.

Bukan disitu sahaja, beliau turut memuat naik video-videonya ke Facebook, semuanya demi memastikan beliau boleh membantu lebih ramai pelajar untuk memahami subjek berkenaan.

“Isteri saya akan merakamkan video di dalam Bahasa Melayu supaya pelajar-pelajarnya dapat memahami dengan lebih mudah walaupun dia lebih cenderung untuk mengajar subjek ini di dalam Bahasa Inggeris,” jelas Abdul Jalil Daud, suami Cikgu Hayati .

“Selagi video di YouTube itu boleh memberi manfaat buat semua, ambil dan belajarlah melaluinya,” tambahnya lagi.

Menurut Abdul Jalil, arw4h isterinya juga sanggup melakukan apa sahaja demi membantu para pelajarnya seperti menjawab segala persoalan pelajar meskipun di luar waktu persekolahan

“Dalam apa jua keadaan dia akan cuba penuhi keperluan orang lain berbanding dirinya sendiri,” kata Abdul Jalil.

Kenyataan ini turut disokong salah seorang bekas pelajar Cikgu Hayati, Ainal Fadilah yang kini berusia 34 tahun yang mana turut mengingati bagaimana arw4h mendidik para pelajar dan berusaha untuk menjadikan sesi pembelajaran menjadi lebih mudah difahami. 

“Sebagai bekas pelajar, saya akan terus kongsikan ilmu yang diberikan cikgu di sosial media melalui Facebook dan YouTube untuk kegunaan generasi akan datang agar ia terus berkembang,” kata Ainal.

Cikgu Hayati yang mengajar di SMK Bandar Baru Sungai Long, Kajang telah disahkan menghid4p k4nser p4yud4ra sejak Januari 2017 lagi. Tahap k3sihatannya bagaimanapun semakin merudum dan membuatkan Cikgu Hayati terl4ntar s4kit bermula September tahun lalu.

Walau bagaimanapun, pada 11 Mac lalu, Cikgu Hayati akhirnya pergi men1ngg4lkan semua insan tersayang pada usia 46 tahun.

Di bawah adalah antara video yang ditinggalkan Cikgu Hayati:

Semoga video-video beliau dapat dijadikan sebagai panduan buat para pelajar yang memerlukan bantuan untuk memahami subjek Matematik Tambahan. T4kziah kepada keluarga Cikgu Hayati.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Says seismik