Selepas Noor Hidayah Cakap To’ki yg buang isteri, anak2, To’ki tampil bersuara

APA yang ayah (To’ki) rasa dan hadap sekarang, itulah yang kami rasa masa ayah tinggalkan kami dulu”.

Itu luahan seorang wanita, Nor Hidayah, 26, anak kepada penyanyi To’ki yang tular semalam dek kerana kehidupannya yang sekarang ini tinggal di sebuah pondok dalam keadaan daif bersama isterinya, Sharifah Fairuz Syed Yusof, 48, di pinggir hutan di Batu 12, Gombak, Selangor.

Pendedahan kehidupan yang dijalani oleh To’ki atau nama sebenarnya, Mohd. Zaki Mansur oleh ASTRO AWANI semalam, ternyata mengundang rasa simpati dan kasihan para peminat yang masih mengingati penyanyi itu yang kini berusia 53 tahun.

Sejak tersebar kisah kehidupan To’ki, ada dalam kalangan masyarakat yang mempersoalkan, di manakah anak-anak To’ki hasil daripada perkahwinan pertamanya dahulu, sehingga sanggup melihat ayah sendiri hidup di pinggir hutan tanpa adanya kemudahan asas seperti bekalan air paip bersih dan tenaga elektrik?

Susulan komen-komen netizen itulah yang membuatkan salah seorang anak To’ki, Nor Hidayah mendedahkan kisah peribadi kehidupan yang pernah beliau jalani ketika To’ki di zaman kegemilangannya sebagai artis, menginggalkan isterinya pada ketika itu dan anak-anak.

Nor Hidayah turut memberi jawapan mengapa mereka yang didakwa oleh segelintir netizen yang tidak tahu cerita di sebaliknya, tidak mengambil peduli mengenai ayah mereka, To’ki.

“Ramai yang tanya mana pergi anak-anak To’ki. Kalian tak ada di tempat kami.

“Masa zaman kegemilangan dia, masa To’ki ada semua harta, aku, abang, adik-adik dengan ibu kena tinggal (ditinggalkan oleh To’ki) tanpa ada apa-apa.

“Masa itu To’ki hidup dengan isteri barunya (merujuk kepada Sharifah Fairuz Syed Yusof). Jenguk kami adik beradik pun tidak, apatah lagi memberi nafkah,” catat Nor Hidayah di akaun Instagramnya yayazaky

Menurut Nor Hidayah lagi menerusi catatan IGnya itu, hanya ibunya seorang yang bersusah payah berusaha untuk mereka sekeluarga meneruskan kehidupan.

Malahan, mereka sebelum ini terpaksa hidup berpindah randah kerana tidak mampu membayar sewa rumah sehingga ada ketikanya, dihalau keluar.

“Saya hadap ibu dan menangis kerana terlalu kecewa dengan apa yang kami hadapi masa itu. Susahnya hanya Allah yang tahu,” jelas Nor Hidayah.

Menurutnya lagi, To’ki sudah hilang (menghilangkan diri) sejak dia bersekolah rendah sehinggalah dia menamatkan pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Di sepanjang tempoh itu juga tambah Nor Hidayah, semuanya ditanggung oleh ibunya sendiri.

To’ki merupakan seorang penyanyi popular era 90an dengan lagu-lagu berkonsepkan pop Melayu dan pop etnik.

Antara lagu-lagu To’ki yang mendapat sambutan hangat pendengar ialah Seni Berzaman, Biasan dan Hampa.

Paparan oleh ASTRO AWANI dan dipetik oleh SUARA MERDEKA semalam mengenai kisah kehidupan yang dijalani oleh To’ki bukanlah kali pertama dipaparkan dan menjadi tular di sosial. Sekitar tahun 2017, To’Ki kononnya pernah dituduh mengemis daripada orang ramai.

Bagaimanapun tuduhan itu dinafikan oleh To’ki yang berkata, dia masih lagi mempunyai kudrat untuk berusaha dan bukannya sekadar mengharap bantuan orang. -SM

‘Orang tak tahu cerita kami’

BH Online menjejaki Noor Hidayah, 27, yang mesra disapa Yaya selepas entri yang dimuat naiknya, tular, mendakwa To’ki tidak menunaikan tanggungjawab sebagai bapa selepas men1ngg4lkan ibu, dirinya dan empat beradik lain.

Kisah kehidupan To’ki, 53, dan isterinya, Sharifah Fairuz Syed Yusof, 48, yang tinggal dalam pondok di Batu 12, Gombak, tular, sejak beberapa hari lalu.

Noor Hidayah berkata, dia dan adik-beradik yang lain terkejut mendapat tahu keadaan To’ki dan kehidupannya di pondok melalui laporan media.

“Sejujurnya, saya dan adik-beradik yang lain baru dapat tahu keadaan ayah selepas berita disiarkan… Barulah kami tahu ayah sudah berkahwin lain.

“Memang terkejut sebab tidak sangka ayah hidup dalam keadaan begitu. Sebelum ini, saya ada tengok ayah buat lintas langsung di FB, tetapi tidak sangka begitu keadaan tempat tinggalnya,” katanya.

Noor Hidayah berkata, selepas ditinggalkan, mereka tidak pernah berhubung dengan To’ki sehinggalah berjumpa sekejap pada hari pernikahannya.

Mengenai perkongsiannya di laman sosial berhubung kisah To’ki, Noor Hidayah berkata, entri itu bukan untuk meraih simpati, sebaliknya bertujuan mempertahankan dirinya dan adik-beradik lain.

“Pada awalnya, kami mahu berdiam tetapi ramai yang membuat tanggapan negatif. Disebabkan itu, adik beradik mewakilkan saya untuk bersuara.

“Orang cakap kami tidak ingat ayah dan lupa diri selepas hidup senang. Tetapi mereka tidak tahu apa yang kami lalui sebelum ini.

“Saya harap apa yang saya luahkan dapat memberi penjelasan kepada orang ramai bahawa kami bukanlah seperti yang dianggap,” katanya.

Noor Hidayah berkata, dia tidak berniat memburvkkan bapa kandung, sebaliknya merasakan langkah itu perlu demi kepentingan ibu dan adik-beradik.

Namun, Noor Hidayah tidak menyimpan dendam dan mendoakan yang terbaik buat ayah.

“Sudah tentu saya sed1h melihat keadaan ayah, tapi itu jalan yang dia pilih. Mungkin itu juga dugaan atas apa yang dilakukan ke atas kami.

“Kami doakan yang terbaik buat ayah. Kami mahu ayah mendapat kehidupan yang lebih baik. Sebenarnya, kami semua selalu ingat pada ayah. burvk macam mana pun, ayah tetap ayah kami,” katanya.

To’ki tampil bersuara

Sementara itu, To’ki berbangga semua permata hatinya berjaya dalam hidup.

Keberatan bercerita kisah peribadi, To’ki berkata, biar apapun yang berlaku, dia mengambil tahu perkembangan anak-anak.

“Anak-anak saya semuanya berjaya dalam bidang masing-masing dan berpelajaran tinggi. Tuduhan mendakwa saya tidak menghiraukan mereka adalah tidak benar.

“Mereka hidup selesa dengan bekas isteri. Saya memohon orang di luar janganlah menulis yang bukan-bukan dan menimbulkan cerita yang tidak benar,” katanya mengulas persoalan dibangkitkan netizen mengenai anak-anak.

To’ki akur tatkala diri mendapat perhatian ramai, isu seumpama itu datang menerjah.

Tidak keberatan berkongsi, To’ki berkata dia memiliki lima cahaya mata hasil daripada perkahwinan pertama.

To’ki berkata, anak sulungnya berusia 28 tahun iaitu Mohd Hafizi; diikuti Noor Hidayah, 27, Noor Husna, 22; Noor Aishah, 21 dan Mohd Hairi Hanis, 18.

Enggan mengambil endah tanggapan netizen, To’ki percaya ada hikmah di sebalik ujian dihadapi.

To’ki berkata, bakatnya mula dihargai apabila video yang dimuat di laman Facebook (FB) mencatatkan tontonan tinggi.

Tambahnya, ada hikmah di sebalik penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac lalu.

“Nama saya menjadi sebutan ramai sejak PKP. Dulu, apabila saya buat siaran langsung di FB, tontonan hanya tiga atau empat orang. Sekarang mencecah ribuan penonton.

To’ki berkata, dia tidak menyesal memilih untuk menetap di pondoknya itu.

“Sebelum ini, pondok ini hanyalah tempat persinggahan saya. Saya hanya di sini beberapa malam untuk mencari inspirasi.

“Tetapi, sejak lebih setahun lalu, saya memutuskan untuk menetap di sini kerana saya mahu menyediakan kandungan yang baik untuk pengikut laman sosial.

“Seiring dengan perniagaan industri muzik sekarang, saya juga mahu mewujudkan saluran YouTube sendiri,” katanya ditemui di pondoknya di Gombak, dekat sini, semalam.

Selain aktif di laman sosial, To’ki banyak memenuhi undangan nyanyian di ibu negara.

“Sebelum PKP, saya banyak mendapat undangan nyanyian di Johor, Kedah dan Pulau Pinang.

“Saya ada dua persembahan tetap iaitu di I’Dahlia Corner, Persiaran Stonor dan Pak Tam Sri Corner, Batu Caves pada setiap hujung minggu,” katanya.

Penyanyi To’ki pernah  ced-era diti0kam penyamvn pada tahun 2019

Penyanyi, To’ki atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansur, 52, ced-era diti-kam dan diserang sekumpulan lelaki dipercayai dalam cubaan s4mun di Taman Daya, Kepong,

Menurut To’ki , ketika kejadian dia yang bersendirian baru sahaja selesai membeli perkakasan melukis di pusat beli-belah Selayang Mall.

“Kira-kira jam 8 malam semasa dalam perjalanan pulang dengan menunggang motosikal di satu selekoh, datang tiga lelaki menunggang dua motosikal mena-han saya.

“Mereka cuba menghimpit saya ke tepi jalan sebelum mena-han saya. Kemudian salah seorang lelaki terbabit mengu-gut supaya saya menyerahkan wang dan barang berharga,” katanya kepada Sinar Harian di h0sp1tal Kuala Lumpur (HKL) di sini, pada Ahad.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Biasan itu berkata, salah seorang lelaki terbabit secara tiba-tiba bertindak agre-sif dengan men-ikam tangan kirinya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : MB via AppleHijau

2 Comments on "Selepas Noor Hidayah Cakap To’ki yg buang isteri, anak2, To’ki tampil bersuara"

  1. cukup-cukuplah wahai wartawan up berita sebegini kerana bukak aib byk org. Aib kita sendiri pun byk, jika Allah swt, memgkehendaki, kita akan dibalas juga mcm ni. Kita perbaiki mana yg keruh dgn cara yg betul. Spt Sabda Nabi saw sesiapa yg tutup aib saudaranya seislam, Allah akan tutup aibnya di akhirat..siapa yg dedahkannya… renungkanlah..

  2. Mohd fikree bin mohd sabri | July 6, 2020 at 4:50 pm | Reply

    Saya baru lepas membaca mengenai toki dari awal hingga akhir sungguh sedih cerita nya

Leave a comment

Your email address will not be published.


*