Sanggup boc0rkan bot sendiri, P4TI cuba raih simpati

LANGKAWI: Datang tanpa diundang dengan menaiki bot besar, ratusan pendatang tanpa izin (P4TI) r0h1ngya menceroboh masuk perairan negara dengan merisikokan nyawa mereka di tengah lautan yang gelap-gelita.

Keadaan mereka yang daif berhimpit di dalam bot, digunakan sebagai umpan meraih simpati pihak berkuasa, malahan 269 P4TI yang membolosi perairan negara pada awal Jun lalu, tegar sengaja memboc0rkan dan meros4kkan enjin bot, untuk mengelak daripada dius1r pihak berkuasa.

Atas dasar kemanusiaan pihak berkuasa berusaha menyelamatkan PATI ini dan membawa bot besar mereka ke jeti berhampiran, sambil dibantu nelayan tempatan untuk menunda bot berkenaan.

Wakil Bernama diberi peluang meninjau dengan lebih dekat bot yang dinaiki PATI r0h1ngya yang diletakkan di jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di Bukit Malut.

Ketika menaiki bot itu, tidak dapat dibayangkan bagaimana mereka duduk berlutut bersemp1t-semp1t sepanjang pelayaran, bagi membolehkan lebih ramai penumpang dimuatkan di dalam bot. Bot itu juga busvk dengan campuran bau minyak diesel selain keadaannya yang kotor.

Di satu ruangan kecil dijadikan dapur, kelihatan nasi yang sudah berulat mungkin tidak sempat dijamah apabila mereka ditahan pihak berkuasa.

Dalam tempoh pelayaran yang memakan masa berbulan-bulan itu, penumpang wanita dan kanak-kanak diletakkan di bahagian atas bot manakala lelaki diletakkan di bahagian bawah tempat enjin bot.

Mended4hkan perkara itu, Timbalan Pengarah Operasi APMM Kedah dan Perlis Kapten Zulinda Ramly, berkata ketika berjaya menahan 269 PATI dalam operasi yang lalu, mereka bukan sahaja menahan pendatang yang hidup, sebaliknya turut menemui satu m4yat dalam bot itu.

Beliau berkata, hasil siasatan awal pihaknya mendapati jumlah sebenar yang menyertai pelayaran itu melebihi 269 orang. Bagaimanapun, jumlah selebihnya men1ngg4l dunia semasa dalam pelayaran dengan m4yat mereka dibuang ke laut.

“Lebih kurang 50 m4yat telah dibuang dipercayai ke perairan antarabangsa, semasa dalam tempoh pelayaran, sebelum tiba di perairan Malaysia.

“269 adalah jumlah yang meneruskan pelayaran ke perairan Malaysia. Namun 50 daripada angka itu kemudiannya terjun ke laut apabila menyedari kehadiran bot pihak berkuasa yang mengesan mereka berhampiran Teluk Nibong,” katanya kepada Bernama dalam liputan media ekslusif National Task Force, (NTF) di sini.

Zulinda berkata, pihaknya bersama Pasukan p0lis Marin (PPM) menyelamatkan 50 PATI yang terjun itu dan membawa mereka ke bot asal untuk pengusiran ke perairan antarabangsa. Namun, usaha itu gagal apabila mereka sengaja memboc0rkan dan merosakkan enjin bot.

“Akibat tindakan itu Maritim Malaysia memeriksa keadaan bot mereka dan mendapati, separuh daripada generator pertama bot ditenggelami air lebih kurang paras dada.

“Oleh yang demikian, saya menghubungi Komander NTF untuk arahan lanjut menunda bot mereka untuk dibawa ke perairan cetek bagi kerja-kerja mengepam air keluar dari bot, namun tidak berjaya kerana air semakin banyak masuk,” katanya.

Maritim Malaysia kemudian meminta bantuan bot nelayan tempatan untuk menunda bot P4TI itu perairan utara, iaitu berhampiran Pantai Pasir Tengkorak, di sini dan membawa bot mereka di jeti kilang simen dengan bantuan PPM.

Pada 8 Jun lalu, Bernama melaporkan seramai 269 warga r0h1ngya cuba mencer0boh perairan Langkawi ditahan pihak berkuasa, yang turut menemukan m4yat seorang wanita di atas bot yang dinaiki mereka.

Zulinda berkata, tahun ini sahaja, Maritim Malaysia telah menahan empat buat bot iaitu sebuah bot pada bulan Mac, dua bot pada April dan sebuah bot pada bulan Jun ini (terkini). – BERNAMA

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH