Kuatnya ibu ini bila berdepan dugaan anak tiada telinga

SEMUA ibu bapa di dunia sentiasa mendambakan memiliki anak yang sempurna. Namun siapa kita untuk menepis takdir ILLAHI?

Bagi pasangan suami isteri, Rosmadi Ginen, 47, dan Effariza Ahmad Nundin, 44, mereka sesekali tidak menyesali qada dan qadar ALLAH yang mengurniakan anaknya yang tiada telinga kanan dan hanya memiliki cuping kecil dan tidak berlubang pada telinga kiri.

Cerita Effariza, anak bongsunya, Muhammad Adam Rayyan Rosmadi, 7, pada mulanya tidak menunjukkan sebarang kelainan ketara memandangkan pemeriksaan kandungan secara bulanan dijalankan tanpa gagal.

Sebelum itu ujar beliau, pada asalnya, beliau tidak menyangka akan mengandung lagi anak keenam memandangkan dirinya sudah ‘tutup kilang’ dan mengamalkan pil perancang.

“Saya pun tak perasan mengandung sebenarnya dan bila sudah lewat datang bulan dan rasa lain macam pada perut, saya terus buat pemeriksaan di klinik berhampiran. Apabila diperika doktor, alangkah terkejutnya saya bila dimaklumkan sudah hamil empat bulan sedangkan ketika itu saya masih lagi makan pil perancang,” ujarnya kepada SinarPlus.

Ujar wanita itu, bukannya niatnya untuk menolak rezeki anak, namun dek peny4kit kenc1ng manis yang dihadapinya yang berupaya memberi implikasi negatif pada bayi, hal itu sangat membimbangkannya.

“Pun demikian, alhamdulillah sepanjang mengandung, saya tak alami sebarang masalah atau al4han teruk. Cuma disebabkan saya ada kenc1ng manis, pemeriksaan kena lebih teliti dan kerap. Apabila buat imbasan kandungan, doktor cakap perkembangan anak normal dan tiada kelainan dikesan.

“Namun, sebaik sahaja selamat dilahirkan secara pembed4han pada 6 Ogos 2013, ayat pertama yang saya dengar (daripada pegawai perubatan) sebaik sahaja bayi keluar dari perut ialah ‘Oh! Tidak’, bukannya tangisan anak,” ujarnya yang sudah dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

adam tiada telinga

Effariza berkata, ingatan masih jelas mengenangkan bagaimana rasa t4kut, k4lut dan risau memikirkan nasib anaknya ketika itu.

“Saya asak jururawat dengan soalan mana anak saya? Kenapa tak dengar suara dia menangis? Jururawat cuba tenangkan saya. Dia kata anak saya sudah dibawa ke tempat lain dan tangisannya kuat. Jururawat itu minta saya jangan p4nik,” imbaunya.

Bimbang jadi ejekan

Kata wanita itu, sebaik Muhammad Adam Rayyan atau dipanggil Adam berada di pangkuannya, dirinya bagai dipukul gelombang.

“Ketika itu, hanya ALLAH sahaja yang tahu perasaan yang bergejolak namun jauh di sudut hati, saya reda dengan ketentuan takdir dan berjanji pada diri, akan menjaga Adam seperti anak lain,” katanya yang memaklumkan sepanjang menjaga Adam agak rumit kerana si kecil kerap munt4h susu melalui hidung.

Paling mencemaskan jika Adam dem4m panas.

“Saya sangat bimbang jika Adam dem4m atau tersedak susu. Memang tak lena tidur dibuatnya. Sampai umurnya sembilan bulan, saya mohon bantuan alat pendengaran yang dipakai pada kepala. Syukur alhamdulillah, pihak h0sp1tal dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS) bantu membiayai kos sebanyak RM6,000 untuk membeli alat berkenaan dan kami hanya membayar RM500 sahaja,” katanya.

Sambil menghela nafas, Effariza berkata, peristiwa kelahiran Adam bagaikan berlaku semalam.

Kini, Adam sudah bersekolah darjah 1 di Sekolah Kebangsaan Ijok, Kuala Selangor dan masih memakai alat bantuan pendengaran.

“Melihat dirinya, saya selalu selalu fikirkan tentang alat pendengarannya yang dipasang pada kepalanya yang boleh mengundang bahan usikan rakan sekolah.

“Hati ibu mana yang tak fikir macam-macam, ris4u ada budak kac4u dan ejek, tapi alhamdulillah bila cikgu maklum Adam okey dan boleh suaikan diri selepas tiga minggu bersekolah (sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan), hati saya jadi senang,” tuturnya yang tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat kepada buah hatinya itu.

adam tiada telinga

Ketika ditanya perkembangan terkini Adam selepas pembed4han pemasangan implan pada telinga, 6 Mei lalu di sebuah h0sp1tal, Effariza memaklumkan segalanya berjalan lancar.

Adam yang dulunya suka menyendiri juga kini sudah menunjukkan perubahan positif dan pandai bergaul selain banyak ‘mulut’ bertanyakan pelbagai soalan.

“Alhamdulillah, pembed4han pemasangan implan dengan kos lebih RM20,000 hasil bantuan LZS itu berjaya. Dia juga ada rawatan susulan untuk pemasangan pada bahagian luar telinga pula,” katanya.

Tidak dinafikan satu hari nanti, Adam akan bertanyakan mengenai keadaan dirinya yang dilahirkan sebegitu tidak seperti abang, Effariza berkata, beliau akan seboleh-bolehnya akan menyuntik kekuatan untuk anak istimewanya itu.

adam tiada telinga

Besar harap ibu kepada enam anak itu, mahu melihat semua anaknya berjaya dan mempunyai masa depan yang cerah termasuk Adam yang dilahirkan serba kekurangan.

“Saya percaya bila Adam besar nanti, pasti dia akan sed1h dengan kekurangan diri, sebab itu saya cakap dengan abang dan kakaknya jangan buat adik tergvris hati,” ujarnya penuh syahdu.

KRONOLOGI

6 Ogos 2013: Muhammad Adam Rayyan Rosmadi dilahirkan dengan keadaan kelainan pada kedua-dua telinga. Ketika berusia sembilan bulan, beliau menerima bantuan alat pendengaran.

6 Mei 2020: Adam menjalani pembedahan implan pertama pada bahagian telinga kiri di sebuah h0sp1tal di Selangor.

26 Jun 2020: Pemasangan alat bantu pendengaran pada bahagian luar telinga.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : sinar