Wajah doktor jurucakap kes Cov1d-19 curi tumpuan

SEIRING dengan peningkatan usaha di negara seberang bagi menangani w4b4k c0v1d-19, nampaknya nama seorang doktor wanita iaitu Dr Reisa Broto Asmoro juga hangat menjadi perbualan dalam kalangan masyarakat di negara jiran kita.

Tidak salah tular di laman sosial mengenai glamor nya doktor yang satu ini di sana apabila SinarPlus yang cuba menjejaki beliau turut mendapati namanya banyak dijumpai di enjin carian Google.

Akan tetapi, tidak seperti Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang popular seantero dunia dek peranannya yang berjaya menjadi orang kuat bagi memutuskan rantaian c0v1d-19 di negara ini…

Sebaliknya nama Dr Reisa Broto Asmoro dikatakan semakin ‘meletop-letop’ di sana kerana wajahnya yang disifatkan menarik tumpuan dan berjaya meraih perhatian terutama dalam kalangan warga di Indonesia.

‘Rating’ dirinya sebagai wanita viral yang bekerja sebagai doktor dilaporkan semakin meningkat sementelah dirinya dilantik sebagai jurucakap Pasukan Petugas untuk Percepatan Pengendalian c0v1d-19.

Lapor media tempatan, Dawainusa.com, Selasa (9 Jun 2020) lalu, Jurucakap Presiden Fadjroel Rachman mengumumkan bahawa Dr Reisa sekarang ditugaskan untuk bersama Achmad Yurianto untuk menyampaikan maklumat mengenai perkembangan c0v1d-19 kepada masyarakat.

Terbaharu kelmarin, doktor anggun yang mempunyai lebih 1.5 juta pengikut di Instagram itu muncul bersama Achmad Yurianto memberikan penjelasan mengenai usaha mencegah penul4ran c0v1d-19.

Barangkali sesuailah peranan Dr Reisa yang berjaya mencuri perhatian orang ramai sebagai jurucakap mengendalikan kes c0v1d-19 dengan Pasukan Komunikasi Awam Pasukan Petugas.

Barulah ramai yang ‘melopong’ mahu menatap wajahnya dan mendengar ‘amanat’ yang disampaikannya nanti bukan?

Pada kesempatan itu, Dr Reisa memberikan banyak pendidikan yang berkaitan dengan menangani v1rus c0v1d-19. Sudah tentu penampilan Dr Reisa di televisyen menarik perhatian orang ramai.

Berikut kongsi Dawainusa.com bagaimana penglibatan awal doktor ini mula mendapat perhatian warganet:

1. Melengkapkan pendidikan di Fakulti Perubatan, Universitas Pelita Harapan dan Universitas Indonesia

Perkongsian dirinya yang sudah tamat pengajian dimuatnaik di laman Instagram sudah mendapat perhatian awal.

Dr. Reisa bersama ibunya.

2. Dikenali oleh orang ramai sejak menjadi tuan rumah di OZ Doktor Indonesia

3. Pada tahun 2010, Dr. Reisa memasuki pertandingan Putri Indonesia, mewakili DI Yogyakarta. Dan dia memenangi Juara Tempat Kedua dengan gelaran Puteri Indonesia pada tahun 2010

4. Doktor Reisa berkahwin dengan Tedjodiningrat Broto Asmoro, Putera Kanjeng termuda di Keraton Kasunanan Surakarta pada bulan November 2012

5. Kini dua anak telah dikurniakan, iaitu Ramania Putri Broto Asmoro dan R Satriyo Daniswara Broto Asmoro

6. Doktor Reisa kini telah dilantik sebagai jurucakap bersama dengan Achmad Yurianto

Sungguh beliau ‘beauty with brain’ kan? Moga terinspirasi! -AG

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sinar Harian