Bil TNB melambung: Rakyat mar4h, beri diskaun sekadar indah khabar dari rupa

KUALA LUMPUR – Rata-rata rakyat tidak dapat menerima penjelasan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) sendiri mengenai punca peningkatan mendadak bil elektrik yang diterima jutaan pengguna sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.

Apatah lagi peningkatan bil tersebut naik begitu mendadak sehingga mencapai jumlah yang tidak masuk akal berbanding bil sebelum PKP sehingga mencetuskan kemar4han pengguna.

Kesatuan Perkerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Adnan Mat berkata, pihaknya menerima terlalu banyak rungutan dan aduan daripada pelbagai pihak mengenai bil elektrik TNB yang terlalu tinggi sepanjang tempoh (PKP) dilaksanakan.

KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Perkerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menerima banyak rungvtan dan aduan mengenai bil elektrik yang tinggi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Presidennya, Adnan Mat berkata, isu tersebut menimbulkan kemar4han rakyat kerana tiada notis pemakluman awal kepada pengguna selain kegagalan Tenaga Nasional Bhd. (TNB) memberikan bil setiap bulan berikutan penangguhan operasi pembacaan meter sepanjang tempoh PKP.

Berikutan itu, katanya, diskaun yang diberikan diibaratkan sebagai indah khabar daripada rupa.

“Harus diingatkan mengikut unjuran Jabatan per4ngkaan Malaysia kadar peng4ngguran dijangka meningkat kepada 5.5 peratus atau lebih 860,000 peng4nggur untuk keseluruhan tahun 2020 disebabkan krisis c0v1d-19.

“Ramai yang telah kehilangan kerja dan hilang punca pendapatan sepanjang tempoh PKP berlangsung.

“Maka Cuepacs menggesa TNB dan kerajaan menilai kembali pemberian diskaun kepada pengguna sepanjang tempoh PKP berlangsung kerana merasakan jumlah pemberian diskaun yang diumumkan sebelum ini hanya indah khabar daripada rupa sahaja,’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Adnan, sebelum ini TNB telah menawarkan diskaun sebanyak antara 2 hingga 50 peratus kepada penggunanya, mengikut kadar penggunaan masing-masing.

Bagaimanapun katanya, hanya pelanggan yang mempunyai kadar penggunaan elektrik yang rendah sahaja menikm4ti diskaun pada kadar yang lebih besar.

Menurutnya, hanya segelintir pengguna yang layak menikm4ti diskaun maksimum kerana TNB sendiri telah menjangkakan kadar penggunaan lebih tinggi disebabkan orang ramai banyak menghabiskan masa di rumah.

Adnan berkata, Ceupac berpendapat kadar diskaun yang perlu diberikan adalah antara 25 hingga 50 peratus daripada jumlah bil pelanggan tanpa mengambil kira jumlah penggunaan elektrik yanga mana ia bersifat menyeluruh.

Sementara itu, beliau memberitahu, kebanyak aduan yang diterima ialah pengiraan bil yang dibuat secara ‘lump sum’ (sekali gus) sepanjang tempoh PKP yang menjadi punca kenaikan bil elektrik.

“Walaupun TNB telah menjelaskan kadar pengiraan dibuat secara prorata, penjelasan tersebut tidak dapat diterima oleh rakyat dan perkara ini perlu diperhatikan secara serius oleh TNB bagi mengelakkan kekeliruan atau penind4san kepada rakyat.

“Cuepacs berharap kerajaan dan TNB dapat mempertimbangkan cadangan ini memandangkan syarikat milik kerajaan itu telah menikm4ti manfaat keuntungan berbilion ringgit setiap tahun sebelum ini.

“Inisiatif memberikan tanggung jawab sosial kepada rakyat haruslah dipikul dengan penuh ikhlas dan rasa tanggung jawab.

“Rasailah denyut nadi kesusahan rakyat ketika ini dan bukan hanya sekadar memberikan penjelasan yang sukar diterima oleh rakyat,” katanya. 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : MalaysiaGazette