“T1pulah 34, You Baru 14 Tahun Kan?” – Sambut Ulang Tahun Kelahiran, Netizen Terkejut Umur Sharifah Amani

Pelakon Sharifah Amani meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-34 pada rabu. 

Menerusi laman sosial Twitter, pelakon yang lebih mesra disapa Amani itu memuat naik dua foto terbarunya sebagai tanda syukur. 

“34. Syukur alhamdulillah,” tulis Amani ringkas sebagai kapsyen foto. 

Namun, apa yang menarik perhatian wargamaya adalah wajah Amani yang kekal muda dan tidak berubah mengikut usianya.

Malah, ramai yang tidak percaya aktres filem Sepet itu telah menjangkau usia 34 tahun.

“Tidak, jangan tipu. Awak bukan 34 tahun. Awak tak berusia langsung,” tegur seorang wargamaya.

“Tipulah 34! Baru 14 tahun kan?” tanya seorang wargamaya.

“Amani ni macam Maya Karin, umur tu hanyalah nombor semata-mata. Mereka berdua masih nampak seperti 10-15 tahun yang lalu. Tak berubah langsung,” komen seorang wargamaya.

“Ya ampun cantiknya. Harap sangat boleh awet muda walaupun umur dah makin meningkat,” puji seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian Amani itu telah mendapat hampir 11,000 ulang kicau dan 45,000 tanda suka daripada warga Twitter.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

34. Syukur Alhamdulillah ❤️

A post shared by Sharifah Amani (@sharifah_amani) on

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber :