Bertudung Sejak Ramadan, Netizen Doa Fasha Sandha Kekal Berhijab

Pasti ramai tahu setiap kali bulan Ramadan, Fasha Sandha antara selebriti yang akan berhijab sempena menghorm4ti bulan mulia itu. Meskipun bulan Ramadan sudah pun berlalu pergi, namun Fasha dilihat masih lagi mengenakan tudung.

Malah, pada hari raya juga Fasha dilihat lebih selesa mengenakan tudung dan kebanyakan gambar yang dikongsikan di media sosial miliknya memaparkan dirinya berhijab.

Melihatkan penampilannya itu, rata-rata netizen memuji Fasha lebih ayu dan cantik apabila berhijab walaupun sedang sarat hamil. Senang dengan penampilannya itu, netizen juga mengharapkan agar Fasha akan kekal berhijab.

Tidak kurang juga ramai yang mendoakan agar pelakon tersebut akan terus istiqamah untuk bertudung. dan semoga dipermudahkan urusan bersalin tidak lama lagi.  Dalam satu perkongsian gambar, suaminya, Aidil Aziz turut memuji kecantikan Fasha apabila berhijab.

Terdahulu, Fasha menjelaskan dia pasti akan berhijab suatu hari nanti apabila dia sudah bersedia. Katanya lagi, dia mahu berhijab kerana Allah dan tidak hanya mengikut trend.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Rotikaya