“Kena Sindir Oleh Pekerja Kedai Berjenama, Staff Tengok Macam Customer Takde Duit” -Netizen Kongsi Pengalaman

Kita sering rasa tidak selesa apabila orang memandang kita dengan pandangan yang seolah-olah sedang menilai diri kita.

Perkara ini sering terjadi apabila kita memasuki butik yang menjual barangan mewah, membuat ramai di antara kita rasa gementar atau tidak yakin.

Hakikatnya situasi ini bukan sahaja dialami oleh orang berkemampuan sederhana sahaja, malah orang berduit juga mengakui rasa dinilai apabila memasuki kedai barangan berjenama.

Satu perkongsian oleh seorang pengguna media sosial baru-baru ini telah meraih perhatian ramai apabila dia berkongsikan bagaimana dia ‘dihalau’ oleh promoter sebuah kedai kasut kerana penampilannya.

Dalam video yang dimuat naik ke TikTok, gadis yang menggelarkan dirinya sebagai Wawa itu berkongsikan kejadian bagaimana dia dan rakannya dipandang sinis oleh salah seorang staf kedai kasut yang dilawatinya di Paradigm JB.

Lebih menghangatkan keadaan, staf tersebut mencadangkan mereka untuk pergi ke kedai lebih murah kerana menganggap mereka tidak mampu membeli barangan di kedai itu, sebelum men1ngg4lkan mereka kepada staf lain untuk melayan pelanggan yang berpakaian lebih mewah.

Luahan gadis itu mengundang netizen untuk turut meningalkan pengalaman masing-masing di ruangan komen, dan ternyata ramai yang mengaku pernah dipandang rendah oleh pekerja kedai barangan berjenama.

“masuk sephora pun aku takut…”

“Bau ni mahal, you mampu ke?…”

“Padahal memang aku takde duit pun…”

“hello ko kerja je kot…”

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : HCL

4 Comments on "“Kena Sindir Oleh Pekerja Kedai Berjenama, Staff Tengok Macam Customer Takde Duit” -Netizen Kongsi Pengalaman"

  1. anwar bin latip | June 7, 2020 at 10:34 am | Reply

    lmage..is everything..itulah pesanan David Beackam..lagenda pemain bolasepak Manchester Utd..bila di tanya soal imej seseorang.dgb.n bahasa trjemahan..Dia megatakan..penampilan diri seseorang trmasuk berpakaian,dandanan,cara jalan,dll..penting jika dia mahu kelihatan. penting atau dihormati orang..jika kita hanya kenakan slipar biasa..lalu ke 5 star shopping ctre spt Pavillion,Klcc Suria,dgn niat window shopping..sudah pasti.. sales girl kat situ..menilai kita dgn pandangan sinis..dan scan atas bawah..sb penampilan kita yg simple,berslipar,santai..mcm nk ke pantai..jadi kita harus terima layanan..class 3..itylah risiko bakal kita terima..sebaliknye jika kita dress sikit,projek imej berduit,positif,yakin ..pasti kita dilayan dgn baik malah sekuntum senyuman.. sentiasa dihadiahkan..jdi terpulang pada diri sendiri..tk

  2. Zamli bin hashim | June 7, 2020 at 7:53 pm | Reply

    hahaha aq pun pernah g kena masuk butik bonia, pakai tshirt n selipar je be2 aq msok.. Biasa la mmg layan pun nak x nak je tapi mmg aq bli pun beg duit utk wife aq hampir rm500 gak harga. Apa2 pun pada staff2 yg kerja kat c2 jgn la pandang kami ni mcm sampah..

  3. Mmg la staff Kat butik Ni berlagak lebih2 lg butik di klcc mcm Kedai tu bapak dia pnya….ko pnya gaji pon x tau berapa send aje

  4. Mmg la staff Kat butik Ni berlagak lebih2 lg butik di klcc mcm Kedai tu bapak dia pnya….ko pnya gaji pon x tau berapa sen aje

Leave a comment

Your email address will not be published.


*