37 pemandu diarah patah balik, cuba rentas negeri tanpa kebenaran polis.

KUALA LUMPUR: Sebanyak 37 pemandu kenderaan diarah berpatah balik, semalam kerana dikesan cuba merentas negeri tanpa kebenaran p0lis.

Negeri yang paling ramai mencatatkan cubaan rentas negeri tanpa kebenaran adalah Melaka, sebanyak 16 kes, Negeri Sembilan (9) dan Pahang (8).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata semalam juga, p0lis menahan seramai 67 individu yang ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan 66 direman manakala seorang individu lagi dijamin p0lis.

“p0lis Diraja Malaysia (PDRM) turut mengeluarkan kompaun kepada 144 individu atas pelbagai kesalahan ingkar arahan PKPB.

“Tiada kompaun dikeluarkan atas kesalahan ziarah Aidilfitri,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH