“Dengar Sampai Habis & Jelas Apa Maklumat Yang Disampaikan” – Nourul Depp Temp3lak Netizen Yang D4kwa Dia Tak Ikut Perintah Kerajaan Masa PKPB

e-SSM Portal

Penyanyi Nourul Depp mended4hkan terdapat segelintir netizen yang kurang senang melihat perkongsiannya beriadah bersama keluarga di Taman KLCC sehinggakan men1ngg4lkan mesej di Instagram (IG).

Tegas Nourul, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kerajaan telah membenarkan untuk melakukan aktiviti riadah asalkan menjaga penjarakan sosial.

“Pergi taman tak apa, kerana ia dibenarkan kerajaan selepas pengumuman terbaharu pelaksanaan PKPB ini.

“Ada orang yang jenis mencari salah orang ni komen di Instagram (IG) saya selepas saya berkongsi riadah bersama keluarga dan berkata yang sebelum ini saya sendiri menasihati orang ramai supaya tak keluar ke mana-mana.

“Saya berkata begitu pada sebulan yang lalu. Situasi yang sebulan lalu tak sama dengan sekarang.

“Kerajaan baru mengumumkan pada minggu lepas aktiviti riadah di taman rekreasi dibenarkan. Jadi, ia tak menjadi masalah kerana ia merupakan aktiviti luar asalkan jaga jarak sosial,” katanya menerusi sebuah rakaman video.

 Dalam pada itu, pelantun lagu Dan Kini berpesan kepada semua orang supaya mendengar dan memberi tumpuan terhadap maklumat yang disampaikan kerajaan setiap hari.

“Saya tak faham, masih ada yang tak dapat pesanan ringkas daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN)? Informasi diberi setiap hari.

“Saya sampaikan apa yang patut disampaikan atas dasar kasih sayang. Siapa yang nak dengar, dengar la. Saya sayang pengikut saya yang menyayangi saya.

“Lain kali kalau ada apa-apa berita, dengar sampai habis dan dengar dengan jelas apa maklumat yang disampaikan. Jangan dengar separuh jalan sehingga timbul salah faham,” katanya lagi.

Dalam tempoh PKPB ini, semua aktiviti sukan dan riadah serta rekreasi adalah tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan oleh MKN.

Meskipun pihak kerajaan membenarkan orang ramai untuk beriadah seperti berjoging di taman rekreasi, tidak kesemua jenis aktiviti dibenarkan di waktu ini.

Aktiviti yang tidak dibenarkan adalah pertandingan sukan yang melibatkan perhimpunan penonton yang ramai, acara berkumpulan di luar (outdoor), kolam renang, sukan bersentuhan dan segala aktiviti sukan dalaman termasuk gimnasium.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak

 

Be the first to comment on "“Dengar Sampai Habis & Jelas Apa Maklumat Yang Disampaikan” – Nourul Depp Temp3lak Netizen Yang D4kwa Dia Tak Ikut Perintah Kerajaan Masa PKPB"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*